Selasa, 20 Oktober 2009

Kalah Pi la Pasai Tak Buat Islam

Aku bersembang dengan seorang penyokong kuat Pas di Kedah yang mengeluh mengenai apa yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah. Beliau bercerita di Kedah Exco-Exco turun berceramah kepada rakyat mengenai apa yang telah dibuat oleh kerajaan negeri antaranya;

1-Turun cukai tanah
2-Tak rasuah (Umno makan rasuah)
3-Naik taraf INSANIAH (Universiti Islam Negeri Kedah)
4-Beri bantuan anak yatim, bantuan hariraya Aidilfitri, Depavaali
5-Projek ZIPY di Yan

Kata penyokong Pas tu , semua yang dicakap Exco tu Umno buat lama dah benda tu. Aku tanya kalau Pas dan Pakatan Rakyat kalah di Kedah macammana, kata beliau "kalah pi la pasai tak buat Islam."
Aku kata di Kedah bukan kerajaan Pas tapi kerajaan Pakatan Rakyat. Kata beliau-"Betoi la tapi dulu kita kata kat Umno masa tak dapat bentuk kerajaan tak buat Islam, sekarang dah dapat kuasa yang mana boleh buat sikit sebanyak pasai Islam awat tak buat?"

"Kenapa tak had kan penjualan arak, nombor ekor dan judi di Kedah. Orang bukan Islam pun suka kalau benda tu semua di hadkan kelulusannya."

"Papan tanda untuk elak zina dan maksiat pun tak ada yang ada papan tanda ucap selamat hariraya untuk semua kaum saja.Kempen menutup aurat pun tak ada . Kurang-kurang nampak juga perubahan antara Umno dan Pas kalau buat benda tu semua. Bulan Sembahyang macam di Kelantan pun tak ada di Kedah." kata penyokong Pas tu lagi

Itu antara luahan rasa orang Pas yang sudah tentu mengharapkan perubahan daripada segi pelaksanaan berkaitan Islam di Kedah.Jangan kita bercakap macam pemimpin Umno kena ambik masa nak buat syiar Islam . Pembangunan itu memang sapa pun mau tapi kalau syiar Islam tak diperkasakan, diperkukuhkan sementara ada kuasa ni akan menyebabkan Pas dipandang sama saja macam Umno 'buat sikit-sikit masyarakat majmuk'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan