Rabu, 21 Oktober 2009

Siapa Yang Cekik Leher Teoh dan Cucuk Duburnya?


Kes pembunuhan Teoh Beng Hock semakin 'panas' apabila Pakar Patalogi daripada Thailand , Dr Pornthip Rojanasunand dalam engkues kes kematian Teoh mengatakan Teoh telah mati dibunuh. Kata Dr Pornthip kesan dileher Teoh kerana telah dicekik-malaysiakini (klik di sini) Gambar di sebelah adalah daripada Malaysia Today.

Lubang dubur Teoh juga dikesan telah dicucuk dengan benda tajam.Menurut Dr Pornthip 80% adalah diyakini Teoh telah dibunuh dan 20% saja disyakki bunuh diri. Pakar patalogi itu adalah seorang pakar kes pembunuhan rumit dan berpengalaman 27 tahun dalam bidang Sains Forensik. Menurut Dr Pornthip lagi Teoh turut disebat dan tempurung kepalanya dihentak dengan benda keras.

Teoh adalah seorang Setiausaha Politik kepada seorang Exco di Negeri Selangor. Kalau betul Teoh telah di bunuh siapa pula yang cekik dan cucuk dubur Teoh sehingga mati?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan