Bekas PJ Pas Perak Ust Ahmad Awang menyatakan Seminar Politik yang akan diadakan akan memfokuskan isu kepimpinan Pas di Selangor yang bergolak yang timbul daripada pemecatan Khalid Samad sebagai Timbalan PJ Pas Selangor dan juga pemecatan Saari Sungib sebagai Ketua Penerangan Pas Selangor.
Khalid Samad yang memang tidak sehaluan dengan PJ Pas Selangor , Hasan Ali telah dipecat oleh Dewan Harian Pas sedikit masa lalu.
"Seminar ini mengenai memperkasakan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, tetapi akan timbul juga hujah-hujah daripada peserta tentang masalah kepemimpinan di Selangor," katanya.
Beliau juga berkata Prof Aziz Bari yang dijemput khas dalam Seminar itu sudah tentu mempertahankan hujahnya sebelum ini supaya tiga pemimpin Pas dipecat daripada pimpinan tertinggi Pas
"Itu tidak dapat dielakkan. Sudah tentu (Dr Abdul Aziz) akan pertahankan apa yang beliau sudah tulis," kata Ahmad lagi.
"Hal berkenaan tidak dapat dielakkan kerana masalah kepimpinan yang dialami parti itu sekarang kebanyakannya memang berpunca daripada masalah di Selangor."
"Mana boleh mesyuarat dewan harian pecat ketua penerangan dan timbalan pesuruhjaya negeri, sedangkan ia hanya boleh dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri.
"Dari situ kita sudah nampak kepimpinan di Selangor tidak teliti dan tidak ikut peraturan," kata Ahmad-malaysiakini baca di sini
Adakah pemecatan Khalid Samad dan Saari Sungib tidak sah?
BERHATI-HATILAH KERAJAAN SELANGOR - BANYAK DUGAAN DAN CABARAN UTK MENUMBANGKAN KAMU.
BalasPadamKALAU TAK HATI-HATI ...HANCUR SEHANCURNYA. PERANCANGAN MUSUH AMAT LICIK.
ORANG BANYAK PENGALAMAN POLITIK (BUKANNYA TAHU TEORI POLITIK) YANG DAPAT MENGHIDUNYA.
Dapat pandangan dari teoritical political person dah kelam kabut. Apa cerita ni?