"Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham
ketika ia wafat, Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk
belanja pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk
menanggung belanja pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan
oleh seorang menterinya.
Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang
cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada
padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan
ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar
wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.
Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa
meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam
kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu
seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera
bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk
meninggalkan kota suci itu."-Azman , Shah Alam
Petikan di atas adalah email yang dihantar oleh pembaca tanpa edit. Apa yang diyatakan oleh email tersebut mungkin ada kaitan apa yang berlaku dalam krisis kepimpinan Pas sekarang. Pemimpin Pas sekarang bila didesak letak jawatan buat 'road show' untuk pertahankan diri . Ungkit-ungkit kerana telah banyak kononnya korbankan diri untuk berjuang dalam Pas, rugi jutaan ringgit, kalau nak senang dah lama duduk dalam Umno.
Saidina Abu Bakar apabila ditanya apa lagi yang kamu ada, Saidina Abu Bakar menjawab yang tinggal kepada ku Allah dan Rasul. Adakah menjadi seorang Exco dah jadi miskin, sedangkan ramai lagi ahli Pas yang berkorban untuk parti sepatah haram pun tak ungkit hanya diamkan diri saja kerana sayang kepada perjuangan Islam yang dibawa Pas.
Wallah hu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan