Jumaat, 13 November 2009

TGNA Ketua Pakatan Rakyat?

Cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , Zaid Ibrahim supya Tok Guru Nik Aziz dilantik sebagai Ketua atau Pengerusi Pakatan Rakyat sudah tentu mengejutkan sesetengah pihak dalam Pakatan Rakyat. Mungkin ada yang setuju dan ada yang tak setuju dengan cadangan Zaid itu.

Beliau berkata, pelantikan Mursyidul Am Pas itu sama seperti pelantikan Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada Parti Kongres India.

“Usaha melantik (Nik Abdul Aziz) memerlukan pengorbanan dari Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang.

“Malah Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship" dengan bersetuju terhadap cadangan serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi sekali gus tindakan itu akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO,” dipetik dari blognya hari ini.-sinar harian, baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan