Khamis, 12 November 2009

Muhyidin VS Speaker Kedah

Timbalan Presiden Umno menggesa Adun Kota Seputeh, Abu Hasan Sarif hadir sidang Dun Kedah Selasa depan walaupun Speaker Dun Kedah, Dr Abdul Isa Ismail mengatakan wakil rakyat itu sudah hilang kelayakkan sebagai wakil rakyat dan kerusi dun Kota seputeh telah kosong.

"Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu. SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa speaker itu saya tak tahu," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung di Alor Star.-Muhyidin Yasin-malaysiakini


Dr Abdul Isa baru-baru ini berkata beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi ADUN walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.

Katanya Abu Hasan hilang kelayakan sejak 17 Ogos lepas setelah gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-turut yang menyalahi Perkara 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK).-malaysiakini TPM arah Adun Kota Seputeh Hadir Sidang Dun

Sementara peguam Speaker Dun Kedah, Sulaiman Abdullah menganggap adun Umno-Bn itu telah melanggar perkara 51 undang-undang tubuh negeri kerana tidak hadir sidang dun dua kali berturut-turut.

Sulaiman Abdullah juga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh memutuskan sebaliknya kerana ia bertindak di luar bidang kuasanya secara tidak sah dan tidak munasabah apabila enggan mengisytiharkan kerusi tersebut kosong.

Beliau menyenaraikan beberapa keputusan suruhanjaya itu yang didakwa tidak rasional:

* SPR bertindak secara tidak sah apabila ia memutuskan tiada kekosongan bagi kerusi tersebut;

* SPR bertindak secara tidak sah menurut undang-undang, tidak munasabah dan sewenang-wenangnya apabila menerima surat cuti Abu Hasan yang telah ditolak oleh Speaker;

* SPR bertindak secara tidak sah apabila memutuskan Speaker harus merujuk perkara tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Kedah sebelum menguatkuasakan Perkara 51 perlembagaan negeri.-malaysiakini- Wakil BN Langgar Perlembagaan.

Muhyidin mungkin mahu kucar-kacirkan Dun Kedah dengan mengarahkan adun Kota Seputeh mendengar cakap beliau dan membelakangkan undang-undang tubuh kerajaan negeri. Jaga -jaga Pakatan Rakyat di Kedah, PM Najib dah sapu Perak sekarang giliran Muhyidin pula nak rampas Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan