Selasa, 10 November 2009

Isu Pas Selangor: Tidak Ada Keputusan Dalam Masa Terdekat

Pas Selangor yang disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin Pas Pusat mungkin tidak ada keputusan dalam masa terdekat ini kerana Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man sedang berada di Tanah Suci buat Haji.

Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas telah berlepas ke Tanah Suci , Makkah pada 8 November dan dijangka pulang pada 5 Disember (sumber daripada blog Tuan Ibrahim). Jadi kepada sesiapa yang mengharapkan apa jenis tindakan yang akan dikenakan ke atas PJ Pas Selangor, Hasan Ali dan lain-lain individu yang disiasat kena la tunggu Tuan Ibrahim pulang dulu. Banyak masa boleh digunakan oleh lain-lain ahli panel Badan Disiplin Pas untuk siasat sampai puas hati ke atas Pas Selangor.

Individu-individu lain yang namanya disebut dalam blog Tok Guru tidak akan disiasat kerana tak ada bukti. Bukti kemungkinan ada tapi siapa yang berani dedahkannya ? Cakap-cakap diluar memang banyak 'black n white' tak ada tak boleh nak buat apa, terlepas la lagi...

Tambahan-Hasan terima surat tunjuk sebab-malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan