Honesty is the best policy. Ku Li keluar dari kebiasaan UMNO kontemporari. Tegak sebagai tokoh rakyat yang meletakkkan kejujuran sebagai tonggak.
(The Star) - Former Finance Minister Tengku Razaleigh Hamzah has weighed in on the oil royalty debate, saying that all oil-producing states including Kelantan had a right to oil royalty.
“It is a constitutional right of the people, whether is it found on shore or off shore. I think the agreement that was signed between the states and Petronas assures that the states where oil is found, whether on shore or off shore, will benefit from such a find,” he told reporters at the Parliament lobby on Wednesday.
Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulangi kata bosnya, lebih 3 batu, minyak itu bukan lagi milik negeri.
Rabu, Tengku Razaleigh, MP UMNO, bercakap sebagai pengasas Petronas, royalti tidak terhad pada ukuran 3 batu. Hanya dua: onshore untuk petroleum yang dijumpai di atas daratan dan semua yang di laut samada 3 batu atau di luar tiga batu, adalah termasuk dalam kata offshore.
Itu juga yang difahamkan oleh Tun Rahman Ya'kub, bekas Ketua Menteri Sarawak yang pada waktu itu adalah MP Payang, bila beliau berucap menyokong Akta Petroleum 1974 di Dewan Rakyat ( 24 November 1974, muka surat 2371).
Peguam Negara pada waktu itu ialah Tun Salleh Abbas, yang juga berpendirian demikian menerusi afidavit yang difailkan untuk menyokong tuntutan Kerajaan Terengganu.
Hanya Tun Razak yang telah meninggal dunia. Tokoh lain yang terlibat secara langsung merangka Akta PDA 1974 dan menubuhkan Petronas dan merangka perjanjian minyak dengan negeri-negeri masih hidup!
Drafter perjanjian, saya difahamkan ialah Datuk Manan Osman, juga masih hidup. Antara peguam menasihati Petronas pada waktu itu ialah Datuk Nik Saghir, juga masih hidup. Kesemua mereka masih wujud untuk dirujuk tafsiran sebenar perjanjian dan Akta. Cukup dengan apa yang ditinggalkan oleh Tun Razak dalam bentuk catatan persidangan Parlimen, bertarikh 12 November 1975, genap 34 tahun beberapa hari lalu;
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.”
Sayang! Najib tidak mengambil kesempatan menggungguli bapanya!
Tun Razak nyatakan dengan jelas - perairan atau luar perairan. Oleh Petronas atau kontraktornya. Negeri yang akan menerima bayarannya.
Foto di atas mengimbaskan kita, baru setahun yang lalu, Najib telah menukar wang ehsan untuk Terengganu yang dimulakan oleh Tun M, kepada royalti semula. Lihat apa yang tertulis di atas cek gergasi itu. Tidak timbul alasan 3 batu nautika. Jika foto tersebut masih belum cukup, ikuti semula wancara Berita Minggu dengan Datuk Najib sehari sebelum pilihanraya kecil Kuala Terengganu:
"Ikuti temu bual wartawan Berita Harian, KADIR DIKOH, JOHARI IBRAHIM dan AZRUL AFFANDI SOBRY bersama media lain dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di Putrajaya semalam.
Bagaimana Datuk Seri melihat pelbagai isu yang ditimbulkan pembangkang, termasuk soal royalti yang menurut dakwaan mereka, BN gagal menyalurkannya dengan baik dan telus?
Kita sudah membuat satu pendirian yang tegas bahawa wang royalti ini akan dikembalikan ke pangkuan rakyat Terengganu. Kerana itu saya sudah menyerahkan cek bernilai RM408 juta sebagai wang royalti bagi 2007 dan 2008. Selepas ini, tidak timbul lagi sebarang pertikaian atau polemik kerana ia akan diurus tadbir sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Bukankah jujur itu lebih mudah? Dan juga lebih bermaruah?
Masih belum terlambat
Copy n Paste daripada blog Husam Musa
Bila org pAS nak sedar hanya PKR yg boleh duduk minum dgn UMNO....not PAS. Sebab apa? Dan siapa penghalangnya?
BalasPadamorg pkr ramai yg bekas umno
BalasPadamTuan Misai Merah, melalui firasat saya hak perlembagaan rakyat Kelantan akan dinikmati tidak lama lagi. Orang rapat Bini Rosmah maklumkan, Bini Rosmah sedang melihat suasana politik sementara nak dapat sokongan semua rakyat Kelantan terhadap beliau. InsyaAllah beliau akan ke Kelantan tak lama lagi mengadap TGNA dan Sultanah untuk menyelesaikan hal ini. Beliau mahu di lihat sebagai PM 1 Malaysia yg boleh mendengar rintihan setiap rakyat. MERDEKA !
BalasPadam