Selasa, 17 November 2009

Orang Nak Tengok Salah Laku Pas Saja

Aku dah banyak kali dapat sms daripada orang Pas yang tak berapa sebulu dengan YB Khalid Samad dan juga golongan Pas yang tak mau terpalit dengan hubungan sulit dengan Umno. Bila banyak kali aku terima sms lepas tu aku tak layan ,hari ini beliau sms lagi kat aku kerana isu MB Kelantan hajinya ditaja dan isu menantu Tok Guru dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Senang cakap la orang yang sms ni tinggal di Shah Alam, beliau begitu gembira dengan apa yang berlaku kepada Tok Guru dan menganggapnya sebagai pembalasan Tuhan. Di bawah ini aku copy apa yang beliau sms dekat aku yang berbunyi begini;

Hidup Nasa, Hidup Hasan Ali, Hidup Cikgu Pa, Hidup Ariffahmi, Hidup Kickdefella....Hidup Husam??? Allah Maha Adil!

Sms itu aku tahu nak provok aku atau sebagai senda gurau tapi aku nampak kali ni beliau tak bergurau.Terus terang aku tak menyebelahi mana-mana pihak samaada sebelah Tok guru mahupun Presiden Pas kedua-dua berita aku siarkan, salah betul itu pendirian masing-masing buat penilaian. Ada email yang dihantar kepada ku oleh beliau aku tak siarkan kerana aku rasa bersifat individu antara beliau dengan Khalid Samad.

Husam Musa dalam blog beliau yang bertajuk Ong Naik Jet, MP BN Ke Taiwan Siapa Belanja? Klik untuk baca. Kata Husam Musa;


'YB Tiong dikaitkan dengan skandal PKFZ. Beliau untung banyak. Negara rugi lebih besar dari skandal BMF. Beliau juga seorang yang pemurah. Mengaku menderma RM 10 juta pada OTK, Menteri Pengangkutan. Juga mengaku menaja penerbangan Menteri Pengangkutan sekarang menggunakan jet eksekutif milik anak syarikat dia. 5 kali pulak tu. . .'- HUSAM MUSA

Seterusnya Husam menulis seperti berikut;


'Lawatan 49 MP BN ke Taiwan, kata YB Bung Mokhtar tidak ada kaitan dengan usaha menghalang Pakatan Rakyat daripada menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 Sept lalu.'-Husam Musa.

Husam Musa berkata kenapa SPRM tak siasat dua isu di atas;

'Pilihlah mana satu anda nak percaya. MP BN pergi Taiwan belanja sendiri! Hebat. '

'Yang pasti, kedua-dua isu ini tidak pernah disiasat! SPRM lagi hebat rupanya!' -Husam Musa

Orang hanya nampak salahlaku Pas saja Umno-Bn tak mengapa.SPRM tutup mata buat -buat tak nampak.Mungkin rakyat tidak mau Pas sama macam Umno sebab Pas parti Islam. Kalau SMS kata Allah Maha Adil! tu memang benar tapi cuma tak kata padan muka Tok Guru mungkin nampak kasar sangat bagi orang yang sms tu.

2 ulasan:

  1. Aku pon stuju dgn yang antar sms tu. Hang misai merah pun kena dedahkan lah kebobrokan pas k'tan sama mcm hang londehkan pimpinan pas yang nak pakat dgn ubn. Yg salah tetap salah. Kita mahu pemimpin yang bersih. Bukan hanya nampak bersih. Suci dlm debu pun tak mahu. hang kena upah dgn pmbk jugak ke sbb buat londehan terpilih untuk pemimpin tertentu saja.

    Ahli pas sejati.

    BalasPadam
  2. Aku setuju.. Kita nak dengar cerita kelantan.

    BalasPadam