Ahad, 22 November 2009

Apa Pun Yang Penting Royalti Minyak Untuk Kelantan

Rakyat Kelantan kena sedar jangan lupa isu royalti yang cuba dipadamkan Umno dengan menimbulkan isu lain yang menggambarkan Kerajaan Kelantan dalam keadaan tak stabil gara-gara isu sampingan yang cuba ditonjolkan Umno.

Pusing cerita macam manapun Umno-Bn yang perintah Kerajaan Pusat kena bagi royalti untuk negeri Kelantan.

Berikut antara seperti termaktub dalam Penyata Rasmi Dewan Negara, 9 APRIL 1989, halaman 993,994,995;

CARIGALI MINYAK DI KELANTAN

1. Tuan Hassan bin Harun( Kelantan) minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) benarkah usaha carigali minyak di pantai Kelantan telah berjaya


(c) apakah rancangan-rancangan dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh penduduk- penduduk tempatan berhubung dengan ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Kasitah bin Gaddam):

Tuan Yang di-Pertua, usaha mencarigali minyak dan gas di perairan negeri Kelantan belum lagi berjaya menemui
minyak di dalam kuantiti yang komersial. Di dalam tahun tujuhpuluhan, Syarikat Esso telah menggerudi dua telaga tetapi gagal
menemui minyak.

Pada bulan Ogos, 1988, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Blok PM2, telah diserahkan pula kepada sebuah konsortium terdiri daripada Home Oil Malaysia Ltd., Petro-Canada Malaysia Inc., Texaco Canada Malaysia Inc., PEXCO N.V. dan PETRONAS Carigali.

Mengikut Kontrak Perkongsian Pengeluaran yang ditandatangani dengan PETRONAS, konsortium ini akan membelanjakan $43 juta untuk kerja-kerja mencarigali di dalam tempoh tiga tahun dan menggerudi empat telaga rambang di kawasan ini, bermula pada penghujung tahun ini.
Jika minyak ditemui dalam kuantiti yang komersial, maka konsortium ini akan bertanggungjawab mengeluarkannya.

Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak. Baca di sini

1 ulasan:

  1. Woit Misai Merah, Kita mesti kuat macam Hari2mau. Setiap hari kena ratib Hari2mau baru dapat royalti. Tiada sebab PM 1Malaysia nak pinggirkan Hari2mau Melayu Kelantan. Ikut macam Anuar Musa Hari2mau Kelantan dgn pasukan bola Kelantan. Ada untung main. Tak dak untung pau. Kah kah kah.

    BalasPadam