Ahad, 15 November 2009

Baling Batu Sembunyi Tangan

Semalam aku pun dah dengar rakaman ucapan Dr Hasan Ali dalam blog Tulang Besi, semua dah tak ada rahsia lagi dah siapa sebenarnya yang bocor rahsia isu bai'ah dalam Pas. Aku tak kata Khalid Samad YB Shah Alam saja yang salah tapi beliau jadi mangsa keadaan bila beliau bercakap isu talak kepada media. Orang yang dedahkan kepada blogger senyap macam tak pernah dengar apa-apa isu bai'ah yang didedahkan beliau. Kata orang 'baling batu sembunyi tangan'.Kata orang lagi 'berak tengah jalan sapa nak ngaku'.

Laporan media Pas juga berbeza dan skripnya tak menyebut nama orang yang mula-mula dedahkan isu bai'ah. Baca di sini -Tiada Lafaz 'Cerai Talak Tiga' Dalam Baiah Pas-harakahdaily 13 nov. Mungkin Dr Hasan PJ Pas Selangor itu akan ngaku sebab rakaman suaranya yang serak-serak basah dah didengar di seluruh dunia .

Berikut apa yang disebut Dr Hasan Ali seperti yang dipetik daripada malaysiakini ucapan Dr Hasan dalam perjumpaan dengan blogger-blogger.

"Kalau misalnya kita "melompat" selepas menang, maka dengan sendirinya isteri anda tercerai dengan 'talak tiga'," kata lelaki yang suaranya mirip Dr Hasan Ali itu.-malaysiakini

"Tetapi saya telah cakap, kalau misalnya orang PAS.. (Dr) Halimah (Ali, ADUN Selat Kelang) nak keluar... (Dr) Halimah saya tak tahu dia nak ceraikan suaminya atau tidak," kata lelaki itu disambut ketawa mereka yang berada di situ-malaysiakini baca di sini-Blog siar rakaman Bai'ah Talak Tiga

Baca juga Untung Besar Orang Umno Dalam Pas-Penarik beca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan