Isnin, 16 November 2009

Bn Menang Selesa Jika Pilihanraya Sekarang?


CEO Merdeka Center, Ibrahim Suffian mendakwa bahawa BN akan menang Selasa jika Pilihanraya Umum di adakan sekarang.

Samada benar atau tidak apa yang diperkatakan oleh beliau tidak penting, apa yang lebih penting ialah PR mesti buka mata dan berubah. Perbetulkan mana yang silap, baiki mana yang tempang dan giatkan usaha mendekati rakyat dan tunaikan semua janji yang ditabur dalam manifesto dahulu.

Ibrahim menyatakan demikian pada program Sembang-Sembang mingguan di Komplek Masyarakat Penyayang di Pulau Pinang semalam.

Katanya, BN akan menang 2/3 kerusi parlimen manakala PR hanya menang antara 50 - 60 kerusi sahaja. Ini berdasarkan survey yang dijalankan oleh Merdeka Centre ke atas 1000 responsden yang terdiri dari pelbagai latarbelakang dan mencakupi semua lapisan masyarakat dan geografi.

Ibrahim juga berkata bahawa rakyat semakin menerima kepimpinan Najib walaupun pelbagai kontroversi dan masalah dalam berlaku di dalam pentadbiran Najib. Masyarakat India dan Melayu semakin hari semakin menerima kepimpinan Najib di mana pada PRU 12, 35-45 % pengundi India menyokong BN tetapi kini ianya melonjak kepada 55 % manakala pengundi Melayu dari 53 % kepada 55 %.

Namun pengundi Cina masih tetap menyokong PR sebagaimana pada PRU 12 Mac 2008 lalu iaitu hanya 35 -40 % sahaja menyokong BN.

Jadi sekarang masanya untuk seluruh kepimpinan PR, ahli dan penyokong PR berusaha sedaya upaya untuk meraih sokongan rakyat dan mengekang serangan serta fitnah BN yang tidak kunjung padam.

Harakahdaily

2 ulasan:

  1. tu lah kerja hangpa, menjelang pilihanraya je, (1) seru ahli2 dan penyokong berusaha sedaya upaya untuk meraih sokongan rakyat dan (2) mengekang serangan fitnah bn yang tidak kunjung padam.

    ko ingat pilihanraya ni macam nak ambil pereksa je, pulun habis2an apabila hampir peperiksaan? pastu ko nak dapat result baik? apa selama ini ahli2 dan penyokong tidak pernah berusaha untuk meriah sokongan rakyat? ko pemimpin memang tak sedar, tak tahu nak mengurus kemenangan yang diberi. dah menang ko terhegeh2 dengan ug. ko cemari sokongan rakyat. nampak sangat seruan yang keluar di harakahdaily ni idea siapa!

    ko baru tahu bahawa serangan serta fitnah bn (nape elak sebut umno?) tak kunjung padam? yang dok bagi peluru kat umno/bn tu sape? ko tengok apa dah jadi akibat bertemu dalam gelap ngan umno? isu ug tak habis2 dimainkan. ia banyak beri untung kepada umno, bukan setakat mencairkan sokongan rakyat kepada ko, telah berjaya menimbulkan keraguan di kalangan anggota pakatan rakyat hatta di kalangan pas sekali. serangan ke atas tgna dan kerajaan pas kelantan adalah bertitik tolak dari pertemuan dalam gelap yang ko mula dan usahakan!

    ko sembur bloggers kononnya menabur fitnah. yang bloggers ko seperti blog antihusam tu ok ke?

    kalau pilihanraya ni ko anggap bermusim, standard ko sampai bila pun sebagai pembangkang je la. nampak sangat tidak ada vision untuk pas. tak boleh berdikari. kalau ko bercita2 nak ambilalih dari umno, kenalah ko berusaha ke arah itu bukan 'mengharap' umno serah kat ko, ada faham?

    maaf la, dari pandangan bodoh aku ni, pas tak kemana. imej pas yang sudah teruk tercalar tidak akan dapat dipulihkan selagi beberapa kerat pemimpin, penyumbang utama kepada imej pas terjejas, masih di tampuk kuasa. selagi pas terengganu bermaharajagila di jalan raja laut! percayalah!!!

    BalasPadam
  2. abu bakar chik tak nak sembur ke ibrahim suffian ni? apa beza dengan pandangan dr aziz bari dulu yang menyebabkan ko tak nak "tengok" muka aziz lagi?

    BalasPadam