Gambar di atas adalah dicopy tanpa izin daripada blog mahaguru58 yang kononnya hadir sama dalam perjumpaan blogger-blogger dengan Hasan Ali dan Nasa
Harakahdaily melaporkan seperti berikut
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan hasil siasatannya berhubung dakwaan wujud bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga dalam PAS esok.
Pendedahan itu akan dibuat pada satu sidang media yang akan diadakan di bangunan PAS, Jalan Raja Laut jam 11.00 pagi.
Beliau sebelum ini telah diarah oleh Presiden Parti, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyiasat dakwaan terbaru itu setelah beberapa media perdana dan laman blog membangkitkan perkara tersebut.
Perkara itu didakwa timbul selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan beberapa blogger.
Kemudiannya mendapat liputan meluas sehingga PAS diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.
Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz serta Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub turut menafikan dakwaan tersebut.
Ianya kerana Majlis Syura Ulama tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.
Mereka juga berpendapat, isu ini hanya sengaja dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan PAS.-harakahdaily
Aku dah kata dah isu Bai'ah ini timbul selepas perjumpaan Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali dengan blogger-blogger tempoh hari buka baru sehari dua ni saja. Selepas perjumpaan itu ada blogger dedahkan isu bai'ah ni dalam blog mereka dan sehingga sekarang diulas dan diceritakan pula oleh lain-lain pimpinan Pas termasuk Umno. Baca dan klik di sini
Assalamualaikum misaimerah.
BalasPadamKenapa tuan gunakan 'konon' nya?
Apa tuan tak nampak siapa di sebelah YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia?
Sudah terang lagi bersuluh tuan, tak ada ertinya nak berkonon konon lagi!
Hamba hanya siarkan tentang isu bai'ah lafaz taklik jatuh cerai talaq 3 ke atas mana mana YB PAS yang belot sebab perkara itu tidak termasuk bab yang diminta rahsiakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan hos kami pada malam itu, YB Dato Dr Hassan Ali Al Haj.
Harap maklum. Itu saya yang berbaju batik kuning ( ketiga dari kanan).
Ini bukan konon konon. Betul betul punya! :D
MG58
BalasPadamTerimakasih
Blog58 , Hang ni blogger Umno ka?
BalasPadamMG58 ni kaum kerabat Mat Noor Yaakup, Naina Mercan, Chandra Muzaffar dan Adnan Mansur.
BalasPadamKah Kah Kah