Jumaat, 13 November 2009

Email Pembaca: Kenapa Riuh Selepas Muktamar?

Ini adalah email pembaca yang diemail ke dalam blog aku dan tidak ada kena mengena dengan pendapat aku. Aku terlepas pandang dan hari ini aku siarkan. Email ini ada kaitan dengan posting yang aku copy daripada blog Hanipa Maidin (Peguam Pas) yang bertajuk 'Merenung Kebijaksaanan Almarhum Ust Fadzil Nor'.


Salam peguampas,

Pemimpin-pemimpin PAS dulu dan kini amat banyak sumbangan dan pengorbanan mereka sehingga menjadikan PAS bukan sahaja parti tetapi jemaah Islam yang mantap. Alhamdulillah.TG Yusof Rawa ada kekuatan sendiri, Ustaz Fadhil ada kekuatan sendiri begitu juga TGHH pun ada kekuatan sendiri.

Insyaallah kekuatan mereka sesuai untuk zaman mereka. Bukankah kita yang memilih mereka, apa tiada solat hajat dan solat istikharah dan doa yang kita lakukan untuk memilih saf pemimpin PAS? Kalau tuan menghargai Ustaz Fadhil kerana hubungan rapat beliau dengan tuan, perkara yang sama juga patut dilakukan kepada Presiden sekarang.

Adalah satu tragedi kepada jemaah apabila ahli-ahli bawahan dilihat bersama orang-orang lain yang diluar jemaah menghidupkan gelombang untuk menyingkirkan Presiden PAS yang ada, bukan atas hujjah ilmiah, tetapi atas beberapa isu atau pendirian Presiden yang tidak selari dengan kehendak golongan tersebut.Kenapa ketika peluang dihidangkan kepada ahli untuk memilih kepimpinan baru pada Muktamar yang lepas tidak digunakan sepenuhnya untuk memilih Presiden yang baru? Kemudian apabila barisan kepimpinan baru telah dipilih, masih ramai yang tidak berpuas hati kerana calon pilihan hati tidak terpilih. Cuba kita serlahkan sikit sifat tawakkal kita. Sikap sebahagian kita yang cuba memburuk-burukkan Pemimpin kita tidak akan mendatangkan menfaat apa-apa pun untuk perjuangan kita, malahan barah yang tersebar akan bertambah parah walaupun Presiden bertukar ganti.

Sebagai pendokong jemaah Islam, marilah kita sama-sama sokong Presiden dan saf kepimpinan beliau. Mana yang kurang, kita tampung, mana yang tidak kemas, kita sama-sama kemaskan. Ketika beliau diserang bertalu-talu, kitalah yang sepatutnya menjadi perisai untuk mempertahankan beliau, sekalipun ada ijtihad beliau tidak memenuhi selera dan cita-cita kita. Itu lebih baik untuk kita sebagai amal didunia buat bekalan di alam yang kekal nanti. Ingat saudara! perjuangan kita bukan setakat nak menangkan Islam di Malaysia, tetapi yang lebih penting lagi adalah kita menjadi golongan yang menang diakhirat nanti. Wallahu ak'lam.

Abu Aliya
Shah Alam

2 ulasan:

  1. Nasa has to go. Touch and Go to be ordinary member. He should not be burdened with this amanah.

    BalasPadam
  2. TOTALLY CORRECT 100%

    BalasPadam