Sangkaan dan tekaan dalam kepimpian Pas ini disebabkan munculnya aliran pimpinan Pas yang dikatakan pro Umno.Maka timbullah 'team' yang menentang pihak yang menuduh adanya pimpinan Pas yang dikatakan pro Umno. Dalam seminar yang baru selesai 7 november lalu Prof Dr Aziz Bari dan Prof Dr Abu Hasan Hasbullah membuat penilaian yang buruk tentang masa depan Pas. Kalau dengar analisis mereka meremang bulu tengkuk, seram sejuk dan boleh sakit jantung.Bila Dr Abu Hasan kata orang muda dah tak minat dekat Pas , dah jauhi diri daripada Pas aku rasa masa depan Pas dalam Pru akan datang macam dah tak ada peluang nak menang.Setakat jadi pembangkang sajalah gayanya. Tapi itu cuma andaian beliau saja betul tidak Allah Taala saja lah yang tahu.
Dalam blog Ketua Pemuda Pas Pusat pun bercakap pasal persepsi juga. Aku kutip dua tiga perenggan apa yang beliau kata tentang persepsi yang lain engkau orang bacalah sendiri di sini Mengurus Persepsi Vol 1. Lepas tu tuan-tuan nilailah pula daripada persepsi tuan-tuan pula.
"Sebahagian dari pengurusan persepsi ialah tabaiyyun [ nilai , teliti , halusi dan siasat kebenarannya ] justeru persepsi tidaklah bersifat mutlak atau mesti terima . Malah selain tabaiyyun , pengurusan persepsi jua mesti melihat kepada bagaimana persepsi dihasilkan dan apakah kesan langsung berkait persepsi tersebut . Lantaran persepsi itu mungkin salah tetapi jika diabaikan membawa mudharat demikian juga sebaliknya persepsi itu mungkin benar tetapi jika diterima , ia akan memberi pulangan yang negatif "- Ketua Pemuda Pas Pusat
"Bahkan sebahagian daripada persepsi itu memang salah dan berdosa sementara sebahagian yang lain itu benar . Firman Allah swt : [ al Hujurat : 12 ]
يا يها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم
و لا تجسسوا و لا يغتب بعضكم بعضا
أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه و اتقوا الله إن الله تواب رحيم
Wahai orang - orang yang beriman , jauhilah akan kebanyakan dari sangkaan [ persepsi ] sesungguhnya sebahagian sangkaan [ persepsi ] itu adalah dosa [ salah ] . Janganlah kamu mencari kesalahan orang dan jangan kamu mengumpat sebahagian kamu akan sebahagian yang lain . Apakah kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati ? tentunya kamu enggan [ jijik ] melakukannya ! justeru itu takutlah [ taqwa ] kepada Allah swt , sesungguhnya Allah swt Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang .
Dr Abu Hasan Hasbullah pula menganggap orang yang tolak persepsi sebagai orang yang primitif lihat apa yang Dr Abu Hasan kata dipetik daripada harakahdaily di bawah:
"AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengasak Dr Aziz termasuk mencabar beliau turun dan aktif dalam politik."
"Menurut Hasbulah, mereka yang tidak percaya kepada persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu." -harakahdaily
Mungkin apa yang dikatakan Dr Abu Hasan itu tidak ditujukan kepada semua perwakilan Pas yang hadir cuma segelintir saja yang dianggap begitu.Kalau Dr Abu Hasan dan Dr Aziz Bari buat komen atau analisa yang positif mungkin reaksi ABC berbeza terhadap Dr Aziz Bari. ABC hanya mau dengar persepsi yang baik-baik saja yang negatif bagi beliau tidak ada dalam kamus Pas.
Wallh hu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan