Prof Aziz Bari menyatakan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengembalikan kuasa Timbalan Presiden MCA kepada Chua Soi Lek adalah merupakan tindakan terpaksa yang mungkin ada 'kuasa' lain yang menyuruh ROS berbuat demikian. Ong Tee Kiat yang juga Presiden MCA telah memecat Chua Soi Lek dan menggantikan jawatan itu kepada Naib Presiden MCA , Liow Tiong Lai
"Memang undang-undang tidak memberi kuasa untuk menteri atau Perdana Menteri memberi arahan kepada pegawai kerajaan bagaimana ia hendak menjalankan kuasa-kuasa yang telah diletakkan di tangannya oleh sesebuah akta Parlimen. Tetapi dalam isu-isu seperti kedudukan timbalan presiden MCA ini saya tidak fikir seorang pegawai kerajaan berani berbuat sesuatu tanpa merujuk kepada kerajaan. Ini kerana tindakan itu akan membawa kesan langsung terhadap kedudukan kerajaan yang salah satu anggotanya ialah parti MCA. "-Prof Dr Aziz Bari-sinar Harian
Prof Aziz Bari mempertikaikan ketelusan ROS yang buat satu-satu keputusan yang hanya memihak Umno-Bn tapi tidak kepada Pakatan rakyat.
"Sebab itu saya berpendapat perubahan nada Pendaftar Pertubuhan dalam soal pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti politik sebagaimana Barisan Nasional bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Dan saya tidak fikir para pemimpin Pakatan jahil benar tentang undang-undang dan masalah-masalah dasar berhubung dengan pendaftaran pertubuhan dan seumpamanya. Kita tahu bagaimana pendaftaran parti-parti politik yang diketahui rapat dan disukai oleh parti yang memerintah diluluskan dengan begitu pantas. Sebelum itu SPR sering membangkitkan pelbagai masalah teknikal tentang Pakatan apabila mereka mahukan layanan yang sama sebagaimana yang SPR berikan kepada Barisan."-Prof Aziz Bari
"Undang-undang utama yang menangani persoalan-persoalan berhubung dengan pertubuhan di Malaysia ialah Akta Pertubuhan 1966. Selain daripada Pendaftar Pertubuhan menteri juga turut mempunyai kuasa di bawah undang-undang ini. Peruntukan ini pernah dibangkitkan apabila UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 1987. Keputusan ini timbul apabila pihak yang tewas dalam pertandingan jawatan presiden UMNO ketika itu – Team B yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah – membawa kes itu ke mahkamah. Ramai pemerhati yang berpendapat bahawa keputusan mahkamah itu disukai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kerana keputusan mahkamah itu membolehkan beliau menyisihkan para penentangnya di dalam Team B."-Prof Aziz Bari
"Tanggapan ini diperkukuhkan oleh keengganan Mahathir – ketika Menteri Dalam Negeri – mematuhi permintaan Team B supaya beliau menggunakan kuasanya dalam akta berkenaan bagi memulihkan UMNO yang telah pun diharamkan oleh mahkamah. Sebaliknya Mahathir menubuhkan UMNO Baru. Di sisi undang-undang inilah sebenarnya UMNO yang ada sekarang. Ia bukan UMNO yang ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar itu. Di sisi undang-undang UMNO yang itu telah mati."-Prof Aziz Bari
Bacaan lanjut di sini klik Undang-Undang Lapuk Dan Kesannya- Sinar Harian
Umno dah mampuih lama dah. Tapi ada pemimpin parti hangpa yg nak berselingkoh lagi dgn umno. Ibarat kawan dgn keranda kosong yg lama dah dok dalam mezium sejarah. MAMPUIH UMNO KERA-PADUAN !
BalasPadam