Selasa, 10 November 2009

Ijab Qabul, Qabul Tu Bai'ah La-TGNA

Semua media massa main isu Bai'ah dalam Pas termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pakat bising nak siasat dan jumpa pimpinan Pas nak tanya betoi ka wakil rakyat Pas kena Bai'ah cerai bini talak tiga kalau lompat parti.

Lebih baik media massa pi tanya Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa (TP PAS) yang jumpa blogger2 termasuk blogger Umno, sebab benda ni timbul selepas perjumpaan tersebut beberapa hari sebelum Mensyuarat Khas yang lalu.

Sekarang isu Bai'ah terpaksa dijawab Tok Guru setelah berlarutan beberapa hari tak habis lagi dimainkan media.
Kata TGNA:

“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.


"Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni.....mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi.

"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya.-harakahdaily klik di sini

Jangan dok halang ahli Pas pecah maklumat parti, bocor rahsia parti kalau segelintir pimpinan cerita habis kat orang lain yang tak ada kena mengena dengan Pas. Benda -benda rahsia dah tak jadi rahsia lagi malah isu Bai'ah hangat di pasaran kerana dua pemimpin ni.

2 ulasan:

  1. Ketua hangpa di Shah Alam tu dah lebih sudu dari senduk. Dok kira dia je. Tak habis nak lawan ketua negeri hangpa. Hangpa perbetul parti hangpa lepas tutuhlah sama sendiri dalam gelanggang hangpa. Ini di heboh satu dunia. HOI !....

    BalasPadam
  2. Anon di atas
    Isu Bai'ah ni timbul sejak bila? Tak tengok ke blogger Umno dedah selepas Nasa dan San Li jumpa Blogger-blogger

    BalasPadam