Isnin, 16 November 2009

Anwar Bela Murshidul Am Pas

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini mempertahankan Murshidul Am Pas dalam isu Haji yang ditaja pihak tertentu. Berikut petikan ucapan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat yang mengecam Pemuda Umno dalam isu Haji yang jadi panas ekoran pengakuan TGNA bahawa Haji beliau ditaja seseorang.


"Untuk pemuda-pemuda Umno, dengan kekayaan sedemikian, cara angkuh dan takabur, menyerang tok guru (Nik Abdul Aziz) itu sebagai perasuah, patut letak jawatan.

"Tan Sri Yang Dipertua...kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu....bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin," katanya di dewan rakyat hari ini.


"Saya belum tahu, sejak saya terlibat dalam politik (tahun) 1982 atau sebelumnya, seorang tokoh politik yang ada jawatan besar yang hidupnya sederhana seperti Tuan Guru Nik Aziz.

"Kalau orang macam itu pun diserbu, diaibkan dan diserang sebagai perasuah, mengapa lepaskan semua perasuah-perasuah besar lain.


"SPRM ambil tindakan atas arahan politik, kerana menuju kepada tokoh-tokoh tertentu untuk pertikai kredibiliti masing-masing.

"Kalau tokoh melayu muslim begini pun diserang, ini apa nak jadi pada negara," tegas Anwar. Baca di sini-Sikap Angkuh Pemuda Umno Diselar-harakahdaily

Pemuda Umno Kelantan telah desak TGNA dan menantunya letak jawatan ekoran isu 'Haji Taja' dan isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang hangat diperkatakan media . Umno Kelantan begitu bersemangat dalam isu Haji Taja tapi tidak bersemangat untuk tuntut royalti minyak seperti yang dilakukan Pas Kelantan terhadap Kerajaan Pusat.

1 ulasan:

  1. Mengenai bayaran elaun RM1 kepada Anwar, Mahathir berkata: “Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1.”
    Dunia sekarang ADA WANG ADA KERJA.

    BalasPadam