KUALA LUMPUR, 7 Nov: Para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.
Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.
Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari ini.
Abu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu.
AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengasak Dr Aziz termasuk mencabar beliau turun dan aktif dalam politik.
Menurut Hasbulah, mereka yang tidak percaya kepada persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu.
Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.
Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya.
Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja.
Dr Hasbulah dalam penggulungan menyokong tulisan Dr Abdul Aziz dan menyifatkan penemuan melalui hasil kajian beliau selari dengan apa yang ditulis Aziz.
"Ini adalah kali ketiga kami bertemu. Kali pertama atas kapal terbang, kali kedua di lapangan terbang dan kali ketiga di sini. Jadi kami tidak berpakat," kata beliau dalam penggulungannya.
Dipetik Daripada Harakahdaily.
Awat Abu Bakar Chik dan SU Pemuda Pas jadi lagu tu? Dah panggil bentang kertas kerja nak marah-marah pula betullah apa yang dicakap Dr Abu Hasan tu otak orang yang tak boleh terima kenyataan memang dungu dan tak bertamadun macam hidup zaman 'Cucu Datuk Merah'
Berkaitan sila baca di sini Kepimpinan Hadi Jadi Isu Panas-malaysiakini. Lapor malaysiakini Abu Bakar Chik tak boleh tengok muka Prof Aziz Bari (geram la tu) kerana terus menerus mempertahankan hujahnya bahawa pimpinan Pas kena berubah.
lepas ni dr abu hassan akan dilebel sebagai agen yahudi pulak yang telah menggunakan statistic & membuat kajian berat sebelah untuk memutarbelit & menipu pemimpin/ ahli PAS yang wala & maksum. pandangan kajian ini mesti ditolak 200% kerana Dr Abu Hassan tidak ada tauliah untuk bercakap hal2 politik. beliau hanyalah ahli akademi yg bekerja dari pejabat yg empuk, tidak tahu penat-lelah pas selama ini.
BalasPadam-----
ps- hangpa tunggulah hukuman dari rakyat kat PR13 nanti...dah berbuih kami rakyat cakap tapi hangpa semua tak peduli, masih lagi macam katak bawah tempurung - PRIMITIF
Bakar Cik tengok muka umno GEMBIRA BAHGIA KE !
BalasPadam"kita mahu BUKTI" kata ular-dalam-semak
BalasPadamyou want prove??!!! wait till the PR13 and you will see your prove from the rakyat themself. that time don't you dare said that rakyat is stupit to choose BN because we rakyat has give PAS ample warning of what we want & don't want.
and since all pas members are soo primitif minded people, let me ramain you that :
IN POLITIC PERCEPTION IS EVERYTHING
pergilah buka buku strategy politic sikit, jangan asyik baca buku agama je, mana nak terbuka minda. Quran pun suruh kita BACA, BACA, BACA
Buku agama persepah berkenaan perception. Tapi tak jumpalah perkataan tu ...mestilah dalam bahasa arab atau melayu
BalasPadam