| | Print | |
Harakahdaily |
11.55 pagi Golongan muda meyakini sistem yang baik dalam PAS. Ia diiktiraf mantap dan bertamadun, kata Dr Abu Hassan Hasbullah. Namun ramai yang tidak mengenali ramai pemimpin. 10.50 pagi Tidak perlu menghentam saya kerana saya hanya di luar yang hanya memberikan pandangan, kata Profesor Dr Aziz Bari. "Ketika memberikan pandangan, saya tidak diperalat oleh mana-mana pihak," kata Aziz. 10.40 pagi Presiden PAS berkata, PAS akan terus memperkasakan Pakatan Rakyat melalui program tahaluf siasi (persepakatan politik). 10.05 pagi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang menyampaikan ucapannya dalam Seminar Memperkasakan Parti yang diadakan di Dewan Dato� Fadzil Noor, di Taman Melewar dekat sini. Memulakan ucapan dengan memetik ayatuj suci Al-Quran dari Surah Al-Maidah tentang sifat sebenar orang beriman di dalam menjalankan urusan perjuangannya sepanjang kehidupan ini. Dalam erti juga dipetik sebagai, antara sifat orang-orang beriman itu mampu berhadapan dengan berbagai celaan orang yang mencela, golongan sebegini sahajalah yang akan dapat mencapai kemenangan. Sifat-sifat parti Islam yang berbeza dengan parti lain yang Islam mereka tidak sampai ke hujung dalam masa sama menyedari perjuangan Islam ini tidak akan diberikan secara percuma. "Parti Islam seperti PAS wajiblah memperkasakan parti secara dalaman dengan ilmu, akhlak dan kebijaksanaan politik dan mengajak semua pihak untuk bersama dan menyokong perjuangannya,"tegas Ahli Parlimen Marang itu. Sebentar tadi, Pengarah seminar, Salahudin Ayub telah menyampai ucapan sebagai pembuka gelanggang dalam seminar ini. Lebih 1,000 peserta dari semua kawasan seluruh Negara untuk berbincang dan menentukan hala tuju parti dalam mendepani cabaran pada masa hadapan Dipetik daripada harakahdaily |
Woit, Mohamad Sabu hilang mana tak timbul pun prog Salahuddin ni. Salahuddin pernah tipu dia ka?
BalasPadamAziz Bari kaki ampu PKR lah....bila lah PAS nak insaf...Anwar ni kejer dia nak memperkudakan PAS saja. Dulu zaman dia dibuang UMNO...PAS jer lah yg menyediakan platform utk dia...kerana apa? Kerana nakkan undi org Melayu yg bersama Anwar. Hbs2 disuruhnya Wan Azizah tubuhkan Parti Keadilan. Melopong Fadhil Noor.
BalasPadamSkrg Anwar sedar...selagi PAS kuat selagi tu PKR sekadar melukut ditepi gantang...sape nk pandang serius!!