Khamis, 26 November 2009

Jangan Lantik Ketua Kampung Yang Tak Tau Buat Kerja

Di Kedah bila Pakatan Rakyat ambil alih kuasa daripada Umno-Bn telah ada satu jawatan baru yang dipanggil Majlis Ketua Kampung(MKK). Umno pula ada JKKKP atau Jawatankuasa Kampung Persekutuan dulu JKK saja. Bila dah kalah tambah Persekutuan.

Di Kedah , beberapa buah kampung telah dilantik seorang Ketua Kampung yang kerjanya sebagai mata dan telinga kerajaan untuk kenal pasti apa-apa masalah anak buah yang dilanda masalah seperti banjir, kesusahan yang dialami oleh penduduk kampung dan masalah-masalah lain yang mereka harapkan sangat Ketua Kampung dapat selesaikan masalah mereka atau Ketua Kampung bawa masalah mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Orang yang macam mana layak jadi Ketua Kampung? Ini 'komplen' orang kampung sebab tu aku tulis. Kata orang kampung ada Ketua Kampung yang ok dan ada yang tak ok. Yang tak ok ni aku nak cerita.

Ketua kampung jangan dilantik orang yang semata-mata nampak tua dan berumur dan dipandang layak sebab lebih tua daripada orang lain dalam satu-satu kampung tapi tak tau nak buat kerja apa.

Ketua Kampung yang tak ada 'handphone' dan tak tau guna handphone jangan lantik jadi Ketua Kampung. Ketua Kampung yang tak reti nak berurusan dengan agensi-agensi kerajaan, tak tau pejabat tanah tang mana jangan dilantik jadi ketua.

Ketua Kampung yang hanya tau makan elaun bulanan Ketua Kampung tapi bila berlaku satu-satu masalah anak buah tak tau nak buat apa nak selesaikan masalah mereka berenti saja jadi Ketua Kampung.

Ketua Kampung bila dibagitau air bah dah naik bini dia jawab kata -"rumah kami pun tenggelam" tak payah jadi Ketua Kampung. Ketua Kampung datang tempat penempatan mangsa banjir atau air bah dok peluk 'punai' cakap -"aku pun sejuk ni hang pa tak sejuk ka?" Hat jenis ni sila letak jawatan bagi kat orang yang lebih muda jadi Ketua Kampung.

Ketua kampung zaman sekarang bukan macam Ketua Kampung zaman dulu-dulu yang dihormati kerana ada harta banyak , bendang atau sawah padi berpuluh relung , ada ilmu kebal cakapnya didengari semua orang kampung. Zaman dah berubah kena cari Ketua Kampung yang ambil berat hal ehwal penduduk kampung. Jangan hanya tau ambil elaun bulanan Ketua Kampung bab lain tak reti apa satu nak buat.

Tua tau buat kerja orang kampung tak bising tapi kalau tua tapi dok peluk tubuh tak ambik berat penduduk kampung memang tak layak jadi Ketua Kampung.

1 ulasan:

  1. salam..saya sokong dgn apa yg ditulis oleh misaimerah..apa2 jawatan pun xkira tua tau muda perlu ada rasa tangunggjawab dan kebertanggungjawaban..dan yang penting sekali niat kerje tu utk spe?utk dapat nama ke?utk harta ke?utk kemasyuran ke?atau kerana Allah..fikir2lah...hampa sume dah besar..ada akal fikiran..blh berfikir..wawahua'lam...

    BalasPadam