Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz tetap mahu menuntut wang royalti kepada Kerajaan Pusat walaupun akan diberi Wang Ihsan oleh Kerajaan Pusat.MB Kelantan itu akan menghantar surat kali kedua kepada PM Najib untuk bincang pasal tuntutan royalti minyak yang termaktub dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petronas.
Husam Musa pula berkata pemberian wang ihsan itu hanyalah satu sedekah.
'Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Husam berkata tidak kiralah berapa jumlah wang ihsan yang akan dibelanjakan oleh kerajaan Pusat, kerajaan negeri menganggap ia sebagai "sedekah" dan masih mahu menuntut royalti minyak.'-bernama baca di sini
“Saya yakin Datuk Najib selepas berunding dengan kerajaan Kelantan akan tetap membayar royalti kepada negeri.
"Sekarang saya yakin Najib hanya lakukan satu step pertama (bagi) mengendurkan tekanan politik daripada orang-orang politik Kelantan yang menghendaki bayaran itu tidak dilakukan.
"Ini permainan politik semata-mata, ia bukan berasas kepada undang-undang,” tegasnya dalam sidang media di lobi parlimen siang tadi.-harakahdaily baca disini
Menurut Husam juga Laporan Tahunan Petronas juga tidak pernah dibentangkan di Parlimen.Dah berapa banyak agaknya Umno-Bn sapu wang Petronas . Rakyat di kampung-kampung sedang kesejukkan harungi banjir, tidur tak tentu waktu apa pun tak tahu ke mana wang Petronas dibelanjakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan