Rabu, 18 November 2009

Kami Sayang Tok Guru

Serangan-demi serangan Umno-Bn terhadap isu Haji Taja dan Isu menantu Tok Guru Nik Aziz dijangka akan selesai tidak lama lagi. Tok guru seperti yang dilaporkan harakahdaily sudah arahkan menantunya letak jawatan sebagai CEO PMBK yang kontroversi itu. Tok Guru sudah dengar pandangan semua pihak di Kelantan dan dah buat keputusan supaya menantunya Ariffahmi undur diri daripada PMBK. Satu keputusan yang bijak dan diharap segala fitnah dan adu domba pihak musuh akan padam serta merta.

Memang senang membuat honar dan punggah segala isu supaya Pas terus dipandang tidak bersih tapi keputusan Tok Guru itu jika benar adalah satu keputusan yang harus dipuji dan tidak pentingkan hubungan kekeluargaan demi masa depan Pas dan kerajaan Kelantan khususnya.Mungkin Tok guru ambil masa untuk buat satu-satu keputusan supaya keputusan yang diambil itu atas perkiraan keadilan dan bukan atas ikatan antara menantu dan bapa mertua.

Isu utama rakyat Kelantan dan Negeri Kelantan ialah tuntutan royalti minyak bukan isu PMBK. Isu PMBK hanya bersifat sementara dan Umno ambil kesempatan bersama konco-konconya untuk alih isu PMBK jadi keutamaan dan isu tuntutan royalti minyak cuba dipadamkan daripada minda rakyat Kelantan dan Malaysia.

Jika Nabi Ismail A.S sanggup berkorban apa salahnya Ariffahmi berkorban demi Pas dan Kerajaan Negeri Kelantan yang dah 19 tahun diperintah Pas.

1 ulasan:

  1. Ariffahmi telah dikorbankan sebelum Hari Raya Korban. ALHAMDULILLAH.
    Pengorbanan beliau akan di ikuti pula dengan pengorbanan Nudin Awang jika umurnya tak panjang.

    BalasPadam