Nak cerita pasal rasuah Umno pun orang tak mau dengar, orang nak tengok rasuah jika ada dalam kelambu Pakatan Rakyat, terutama jika pemimpin Pas amalkan rasuah.Umno dah sinonim dengan rasuah jika pemimpin Umno makan rasuah orang akan kata itu memang kerja Umno bab makan rasuah ni dah jadi perkara biasa.
Yang jadi luar biasa jika pemimpin Pas makan rasuah atau amalkan rasuah. Cakap-cakap orang pemimpin Pas makan rasuah memang ada tapi hingga sekarang SPRM belum dapat bukti kukuh untuk dakwa mereka makan atau amalkan rasuah. Jadi hanya sekadar cakap saja bukti tak ada. Sama juga macam pemimpin Pas yang dituduh nak berpakat dalam gelap dengan Umno, ramai orang bercakap ,semua blog cerita pasal UG dan Kerajaan Perpaduan tapi hanya sekadar cakap saja ada bukti pun orang Pas tak percaya ada pemimpin Pas yang pro-Umno.
Begitu juga isu bai'ah dalam Pas ada tape ucapan Hasan Ali yang ngaku dalam ucapannya ada bai'ah talak tiga tapi senyap dah isu bai'ah mungkin juga kerana tak cukup bukti untuk Hasan Ali dituduh pecah rahsia Pas Selangor bai'ah talak tiga.
Sekarang yang jadi isu pengakuan Tok guru Nik Aziz Hajinya ditaja orang dan dan libatkan penajaan Haji dengan wang yang banyak dan Tok Guru dah batalkan Hajinya untuk elak fitnah yang lebih besar.Isu PMBK yang libatkan menantu Tok Guru juga jadi isu di Kelantan.
Rakyat yang sokong Pas anggap Pas tak sama macam Umno, tak rasuah tapi jika ada pemimpin Pas bergelap dengan rasuah, berjinak -jinak dengan rasuah maka Pas tidak lagi ada beza dengan Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan