Ketika Pas sedang sibuk memperkasakan semula partinya akibat krisis kepimpinan yang melanda parti itu Umno mula memasang niat untuk tawan semula Kelantan dengan kuasa Wang Ihsan yang akan mula disalurkan mulai tahun depan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Umno sudah tidak sabar lagi untuk tawan semula Kelantan daripada tangan Pas yang sudah perintah Kelantan sejak 1990 lagi hingga sekarang, Berbagai strategi telah diatur selama ini namun semuanya gagal sehinggalah Kelantan sudah 19 tahun diperintah Pas. PM Najib dengan slogan Satu Malaysia sekarang ini memasang cita-cita secara halus supaya apa yang tidak mampu dilakukan mantan dua Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir dan Pak Lah untuk tawan Kelantan berjaya dilakukannya.
Tun Mahathir dengan slogan 'Pandang Ke Timur dan Pak Lah dengan slogan 'Islam Hadhari' tidak mampu untuk ubah hati rakyat Kelantan untuk sokong Umno-Bn, malah terus sokong Pas untuk tadbir Kelantan. Ramai orang berpendapat puncanya rakyat Kelantan tolak umno-Bn kerana faktor Tok Guru Nik Aziz yang jadi MB Kelantan. Bagaimana kalau Tok Guru dah tak ada? Ada yang kata Pas Kelantan selepas Tok Guru tak akan mampu bertahan lagi. Ini hanayalah teori orang yang minum di kedai kopi, itu yang aku rasa.
Pm Najib yang didesak Kerajaan Negeri Kelantan supaya bayar wang royalti kepada Kelantan tidak menunaikannya tapi diberinya duit minyak itu dalam bentuk wang ihsan kepada JPP yang akan uruskan wang tersebut. JPP pula diurus oleh pemimpin Umno, kenyanglah Umno Kelantan dengan wang ihsan pemberian Kerajaan Pusat. Sudah tentu wang ihsan itu akan jadi senjata untuk lawan Pas dalam pru-13 akan datang.
Semasa Pas perintah Trengganu dalam tahun1999-2004 wang royalti kerajaan negeri Trengganu telah dibatalkan dan diganti dengan wang ihsan, maka JPP yang 'control' wang ihsan itu dibolot Umno sehingga Pas kalah di Trengganu ( Punca lain pun ada Pas kalah di Trengganu). Umno guna wang ihsan untuk diberikan kepada rakyat Trengganu untuk sokong Umno di Trengganu. Ramai orang yang sokong Pas di Trengganu telah beralih arah sokong Umno dalam pru tahun 2004 kerana dapat wang ihsan.
Apakah nasib yang sama bakal berlaku di Kelantan dalam pru-13 akan datang? Mampukah Pas Kelantan terus bertahan selepas pru- 13 ? Jika rakyat Kelantan yang sememangnya cerdik politik itu menganggap wang ihsan itu tidak ada kena mengena dengan pru-13 sebaliknya wang royalti itu hak Kelantan yang termaktub dalam perjanjian dengan Petronas maka rakyat Kelantan akan undi Pas lagi untuk terus perintah Kelantan. Percayalah rasuah politik atau rasuah wang akan jadi mainan umno Kelantan kerana dapat banyak wang ihsan daripada Kerajaan Pusat. Mereka akan tabur wang seluruh pelusuk negeri Kelantan untuk rasuah rakyat Kelantan supaya tolak Pas daripada terus perintah Negeri Kelantan.
Baca juga di bawah klik
1-Rampas semula Kelantan melalui Wang Ihsan-malaysian insider
2-Wang Ihsan akan disalurkan melalui JPP, kata Awang Adek-bernama
Setakat pemimpin Pas yg ada ni, walaupun dan berseminar perkasa parti, tak mampu melawan tsunami wang ehsan. Maklum le wang ehsan, ehsan turun ehsan habis. Tak dak audit punya brother. Hang tu misai merah, pemikiran masih di abad ke-17, dok kira Pas je tapi tak sanggup bawa perubahan minda. Kah kah kah.
BalasPadamBuat anon no 1
BalasPadamTq, aku memang sokong Pas kerana menolak ajaran nasionalisme Melayu dan sekularisme yang dibawa Umno, sesat lagi menyesatkan
Mentaliti orang terengganu beza dengan ore Kelantan. Dia ikut cakap TGNA -orang bagi ambik, sokong lain.
BalasPadamLeni org terengganu nyesal, sejak UMNO ambik terengganu tiada mewah lagi wang ehsan.
Harap rakyat kelantan ambik iktibar terengganu