Anwar Ibrahim dalam ucaputama Konvensyen PKR Negeri Selangor mengistiharkan perang terhadap PM Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor jika Umno-Bn cuba merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat.Berikut ucapan Anwar seperti yang dipetik Malaysiakini
"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..
"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.
"Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.
"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.
Anwar Ibrahim juga telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan elaun RM1. Kata Anwar lagi dalam ucapan dia;
"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.
"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya
"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.
"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.
"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya-malaysiakini Anwar Istihar Perang Terhadap Najib
Woit, pirah Anwar. Hang tu dah lama dlm tong tait, hang tahu lah nak kelentong macam mana budak2 ni. Hang tu jaga baik2 Azmin tu, silap haribulan hancur PR. Hidup Hasan Ali !
BalasPadam