Presiden Pas , TGHA menegaskan bahawa beliau akan terus memegang jawatan Presiden Pas kerana jawatan itu dipilih melalui Muktamar Pas dan merupakan satu amanah yang perlu ditunaikan. Kata TGHA kepada bernama:
"Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah amanah...saya tidak akan membuang baju amanah ini," katanya semasa menggulung hujah pada Seminar Khas Memperkasakan Parti PAS di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini pada hari Sabtu.
"Walaupun ada teguran yang keras...suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama...kita pemain profesional, bukannya pemain kampung," katanya.
Sementara itu pada sidang akhbar selepas seminar itu, Abdul Hadi merumuskan bahawa seminar itu sebagai berjaya.
"InsyaAllah, kita (PAS) dapat menunjukkan prestasi yang baik untuk menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Kita anggap ini bahtera baru yang perlu diperkukuhkan lagi untuk melayari perjuangan perubahan di negara kita," katanya.-bernama bacaan lanjut di sini Hadi Tidak Akan Letak Jawatan Presiden Pas
easy said then done...
BalasPadamsekarang jelas, siapa yang bimbang akan muktamar khas!!!
BalasPadam"baju amanah", pil "wala'" terbaru hasil seminar khas. telan, telan, telan jangan tak telan!.
rakyat memerhati dengan penuh sinis...
Pemimpin PAS ni bukannya gila kuasa, tapi ahli bagi amanah-wajid bertanggungjawab.
BalasPadamBagi TGHA hidup didunia hanya sementara, kalau ikut hati adalah lebih selesa & tenang duduk di Masjid tak pening - pening kepala. Tapi atas prinsip bukan senang nak surga Allah kalau atas dunia hidup tanpa Cubaan,halangan dan dugaaan dalm berdakwah.
rakyat UMNO yang memerhati dengan sinis.
Apa takut muktamar khas? pemimpin pas tak gentar.
BalasPadamBukanya jadi pemimipin dapat jadi kaya raya?
Kalau tak jaga, kekalahan yang mereka bawa daripada Terengganu akan menular kepada kekalahan di tempat-tempat lain .......
BalasPadamNak muntah den baco ayat aji Adi tu,ayat PAS Terangganu memang selalu busuk samo macam manusio bernamo Abu Bakar Chik tu...
BalasPadam