Selasa, 24 November 2009

Takiyuddin Penolong Setiausaha Agung Pas

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat baru baru ini telah bersetuju melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS.

Beliau akan membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.

Di peringkat PAS negeri Kelantan, beliau adalah Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kota Bharu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payung merupakan exco kerajaan negeri Kelantan memegang potfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.

1 ulasan:

  1. Woit dulu Pak Lee nak lantik dia jadi Bendahari Pas Pusat tak lepas. Skarang terus dok bawah Pak Lee. Setahu aku dia ni mana ada kepakaran hal heahliaan Pas. Kalau jumpa gerombolan boleh. Fulus pun banyak setakat nak check mate Husam di Kelantan tak da hal punya. Tambah pula dok bawah SEtiausaha Agung pulak. Kah kah kah

    BalasPadam