Selasa, 17 November 2009

Dun Siputeh: Umno Kena lawan Tak Payah Merayu


Walaupun SPR meminta nasihat Peguam Negara mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang istihar Dun Kota Siputeh kosong dilaporkan bahawa Umno telah pun bersedia buat persediaan untuk hadapi prk dun tersebut.

Umno yang berbangga kerana menang di prk Bagan Pinang akan bekerja keras untuk menang besar di dun Kota Siputeh bagi menunjukkan bahawa Umno telah pulih dan dapat sokongan rakyat terutamanya orang Melayu yang membentuk pengundi berjumlah 91.7% di dun Kota Siputeh.

Pas pula sudah tentu akan meletakkan calonnya untuk bertanding di dun tersebut dan mengharapkan kemenangan walaupun kerusi tersebut dikuasai Umno. Jika Pas menang imej Umno dan Bn di Kedah akan tercalar teruk dan imej Pakatan Rakyat di Kedah akan semakin terserlah.

Jika Umno pula menang besar dan berjaya kurangkan majoriti yang diperolehi Pas dalam pru-12, kemungkinan besar PM Najib akan percepatkan pilihanraya umum untuk dapatkan dua pertiga majoriti di Parlimen.MB Ustaz Azizan juga akan dinilai rakyat dalam prk dun Kota Siputeh ini jika prk diadakan berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.

SPR dan Umno tak payahlah nak merayu-rayu lagi , kalau betul-betul Umno dah anggap kuat semula lawan saja tak payah nak taku-takut. Adakah samseng Umno akan mengamuk lagi di prk Kota Siputeh? Adakah Pemuda Pas akan berdiam diri lagi seperti di prk Bagan Pinang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan