Jumaat, 13 November 2009

OSA: Projek Perhutanan Untungkan Syarikat Kroni Umno

MB Selangor terus mendedahkan pula bahawa projek perhutanan Khir Toyo yang kononnya boleh untung RM 800 juta dalam masa 20 tahun hanya jana pendapatan RM500 ribu saja yang lain semua disapu syarikat kroni Khir Toyo termasuk Sanusi Junid(Bekas Menteri Pertanian dan Rahman Palil (Adun Sementa) yang turut jadi pengarah syarikat.

MB berkata pendedahan OSA ini bertujuan supaya semua pemimpin politik lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Fail Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu mendedahkan seperti berikut

Kejadian ini didedahkan fail Akta Rahsia Rasmi yang dibuka Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini. Bercakap kepada media selepas sidang Dewan Undangan Negeri, Khalid berkata butiran perjanjian yang di dalangi Dr Khir Toyo ini hanya menguntungkan syarikat-syarikat swasta semata-mata.

“Lebih daripada 5,000 hektar hutan telah dibuka antaranya Bukit Tarek, Rantau Panjang, Hutam Simpan Jeloh dan Bukit Belata. Syarikat-syarikat swasta telah diberi hutan-hutan ini," kata Khalid.

"Mengikut kenyataan kerajaan sebelum ini, dia dah janji nak bagi hutan kepada syarikat-syarikat terbabit. Pada tahun 2001, Khir bin Toyo berkata PKPS dijangka mengaut keuntungan RM800 juta dari hasil kayu-balak, hasil pajakan tanah dan royalti," tegas Khalid-TV Selangor.com di sini

Kawasan hutan itu dipajak kepada syarikat swasta selama 50-60 tahun kepada 11 syarikat untuk penanaman semula pokok hutan yang komersil.

Cuba kita perhati mana ada wakil rakyat umno-bn yang hidup susah walaupun dah tak jadi wakil rakyat atau adun. 51 tahun perintah negeri mereka sudah masak dengan selok belok nak kaut kekayaan untuk anak cucu mereka supaya tak hidup merempat tepi jalan.Walaupun Umno jadi pembangkang di Selangor mereka tetap tak miskin macam orang Umno bawahan yang menyokong mereka yang langsung tak dapat apa-apa.Yang dapat tempias hanya yang berlegar di sekeliling pemimpin Umno saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan