Sabtu, 14 November 2009

Kalau Ulama Pas Tak Dipandang Bersih

Nak cakap pahit tak cakap lagi pahit rasanya dengan apa yang berlaku dalam Pas sekarang. Aku rasa nilai keberkatan dalam Pas dah tak ada sebab itu macam-macam serangan daripada dalam dan luar menyerang Pas.Ini apa yang aku dengar..

Aku mengharapkan Pas menang dan perintah Malaysia tapi dengan 4 negeri yang tinggal dan dikuasai Pas dan Pakatan Rakyat dah dengar macam-macam cerita yang tak elok berlaku kepada pimpinan Pas rasa dah macam tak kesampaian Pas akan perintah Malaysia.

Adakah semua yang diperkatakan orang kepada Pas hanya sekadar persepsi saja . Tak betul sebab itu persepsi?Bolehkah persepsi ditolak mentah-mentah dan kita tuduh orang yang kata kepada kita sebagai 'dia kata kat aku , aku kata kat dia balik' , habis takat tu saja?

Dulu kita kata kat Umno guna kenderaan Kerajaan untuk pilihanraya tapi kalau kita pula guna kenderaan kerajaan untuk urusan parti apa kejadahnya persepsi takkan tak betul pula.Macam mana kita nak kata kat Umno lagi guna kenderaan kerajaan untuk pilihanraya kalau kita pun sama perangai macam Umno?

Dulu pekerja parti turun pilihanraya tak berbayar bila dah menang kita mula bagi duit untuk pekerja parti yang turun kempen pilihanraya. Bila markaz Pemuda Pas kena serang di Bagan Pinang orang tanya "pasai apa hang tak pi tolong", jawab orang tu "bagi RM 40 aku mau mati ka?" Maknanya tak mau jihad dah sebab dibayar upah. Dulu tak bagi upah sanggup jihad bila bagi upah dah tak sanggup mati.

Bila turun kempen punya nak lawan Umno kita bagi beras, gula ,kopi dan makanan kepada para pengundi supaya sokong kita tapi apa Umno bagi kita sampai mampuih pun tak boleh lawan daripada segi benda.Umno bagi benda kita pun nak bagi benda.Umno bagi Tv, mesin basuh dan 'Rice Cooker' yang tak mampu Pas bagi. sepatutnya Umno bagi benda kita bagi risalah nak cakap apa yang Umno bagi itu rasuah bukan duit Umno tapi duit rakyat.

Ulama dulu-dulu, ulama tradisional bukan ulama jadian mereka begitu iltizam dengan perjuangan Pas, istiqamah dengan Pas tapi ulama sekarang macam mana?Ulama sekarang amat berbeza daripada ulama tradisional, kebendaan jadi keutamaan jadi keberkatan dah tak berapa ada dalam memperjuangkan Pas, sebab itu timbul macam-macam fitnah yang melanda kepimpinan Pas.Markaz tarbiyyah Pas Taman Melewar itu didirikan atas duit orang-orang Pas yang sanggup bergolok gadai untuk bangunkan Markaz Pas itu. Tapi kalau bangunan Pas mula ditaja dan di'sponsor' orang keberkatan dah tak ada.

Dulu tidak ada orang yang mencelakakan Tok Guru, mencaci Presiden sekarang setiap hari mereka maki hamun pimpinan sendiri samaada di pihak Presiden maupun di pihak Tok Guru. Nak salahkan siapa? Mereka mungkin kecewa dengan apa yang terjadi kepada Pas dan mereka tak mampu nak menahannya daripada disimpan dalam hati lalu diluahkan segala-galanya dalam blog-blog mereka.

Sebagai contoh seorang Peramugari berhenti kerja nak tabur bakti untuk dapat pahala tolong sebuah pusat Tahfiz untuk kutip dana nak bangunkan pusat tahfiz yang serba kekurangan itu. Ustaz tu dulu pakai kereta Kancil saja. Bila dana dah jadi banyak sebab peramugari tu pandai cari duit untuk pusat tahfiz tu , Ustaz tu tukar pakai kereta 'Innova' dan beli rumah baru. Pusat Tahfiz tutup tak operasi lagi.Akhirnya peramugari tu undur diri hilang kepercayaan kepada ustaz tu dan beliau buka sendiri kelas tahfiz kutip budak-budak yang miskin untuk bagi pendidikan agama.

Ustaz-ustaz sebelum popular ceramah di markaz-markaz Pas bila dah popular mula jauhkan diri daripada markaz-markaz Pas sebab dah mula dapat jemputan ceramah di rumah-rumah Datuk , VIP dan pejabat-pejabat kerajaan.Bayarannya tinggi dan lumayan. Ustaz-ustaz bila bercakap kita nak cari 'Mardho Tillah' Keredhaan Allah tapi bila dah popular telefon mula tak dapat, 'busy' manjang.Tok -tok guru dulu tak pandai main saham, sekarang ustaz-ustaz dah pandai main saham jadi kaya beli rumah berjuta pakai BMW 5 series. Dulu kata beli saham haram sekarang dah tak haram sebab ustaz-uztaz pun dah pandai main saham.

Rakyat sedang perhatikan apa yang MB Khalid , MB Azizan ,MB Tok guru dan Ketua Menteri Pulau Pinang buat untuk rakyat mereka.tidak susah untuk menumbangkan negeri-negeri pakatan rakyat dan amat sukar untuk pertahankan kemenangan jika tidak diurus dengan sebaik mungkin.

Baca juga di sini-Amy Search teringin tubuh sekolah tahfiz.

Wallh hu a'lam

2 ulasan:

  1. Ini namanya ahli2 Pas dan penyokong dah matang. Dan kematangan ini harus dipupuk dan dibimbing ke arah satu perubahan untuk mencerdikkan dan bestari orang Melayu agar tidak tertipu dengan politik umnobn dan menghapuskan umnobn dari bumi Malaya ini. Di atas penghapusan umnobn kita dirikan keadilan sejagat untuk semua golongan masyarakat. Jika tidak mereka ini akan join parti lain yg lebih demokratik dan transpren atau dok diam dok tengok gelagat pemimpin. Kata orang: LUIT sama BUL TADAK BOLE PERCAYA LO...

    ZolSatibo

    BalasPadam
  2. ZolSatibo, memang betui LUIT sama BUL** tadak bole pecaya.
    Semua orang mesti belesih. Lagi utama Semua pemimpin Parti Islam mesti belesih. Bukan bikin itu demo belesih saja, tapi hati dan kelija mesti belesih. Semua MP dan exco mesti belesih. Jangan tido makan elaun buta. Semua MB mesti belesih, hati mahu belesih, nanti masuk itu api nelaka.

    BalasPadam