Isnin, 16 November 2009

Mahathir Kata Anwar Tak Tahu Pasal Ekonomi

Perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor turut diulas oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Beliau yang bermusuh dengan Anwar sehingga 'menghantar' Anwar ke penjara Sungai Buluh sentiasa saja tidak sehaluan walaupun dah tak jadi PM.

"Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tidak tahu," katanya.-malaysiakini. Kata Tun juga mengenai elaun RM 1 yang diterima Anwar kerana jadi Penasihat Ekonomi Selangor.

"Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1." Baca di sini

Anwar selepas dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor berkata;

" Belum cukup 24 jam selepas nama saya diumumkan Penasihat, sudah ada rakan saya dari Negara Arab yang mahu melabur. Mereka akan datang selepas Raja Haji,” tambahnya-tv Selangor.com baca di sini

1 ulasan:

  1. Anwar ni dia tak berani dengan Azmin je. Tanya Azmin.

    BalasPadam