Payung tak ada lambang dacing tu gambar Utusan Malaysia punya
Payung ada lambang dacing tu gambar Harian Metro
Sungguh memalukan apabila sebuah agensi berita seperti Utusan Malaysia sanggup menipu rakyat Malaysia dan seluruh dunia mengenai gambar yang dipadam lambang dacing pada payung di rumah suspek yang disyakki membunuh isterinya di Alor Star beberapa hari yang lalu.
Jika beginilah sebuah agensi berita yang dah lama bertapak dalam bidang kewartawanan di mana letaknya nilai moral dan etika kewartawanan dalam menyiarkan berita? Utusan Malaysia yang merupakan 'anak syarikat Umno' umpama bapa borek anak rintik. Pemimpin Umno yang suka membohongi rakyat sama dengan 'anak syarikatnya' yang juga menipu para pembaca dan peminat Utusan di seluruh Malaysia.
Utusan sanggup menipu para pembaca hanya-hanya semata-mata nak selamatkan maruah dan moral Umno-BN lalu dibuang lambang dacing yang terdapat pada payung Bn di rumah suspek yang dituduh bunuh isterinya.Jika Berita Harian dan juga Star boleh siarkan lambang dacing pada payung di rumah suspek kenapa tidak kepada Utusan?
Baca juga di sini- Utusan Malaysia is the stupidest newspaper in the world -The proof
Pemimpin Umno sering memberi amaran kepada pembaca blog supaya tidak percaya kepada sebarang berita yang memburuk-burukkan Kerajaan BN dan menganggapnya sebagai fitnah dan bohong belaka. sekarang siapa bapa pembohong nombor wahid dalam dunia?
utusan melayu adalah utusan dari neraka jahanam.. menjahanamkan minda rakyat go down umno taik.
BalasPadamhekeleh..bende kecik cm ni pn ko nak heboh2kan
BalasPadam