Isnin, 16 November 2009

Abu Hasan Tak Boleh Hadir Sidang Dun Kedah

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengistiharkan kerusi dun Kota Siputeh kosong secara automatik juga Abu Hasan hilang kelayakkan sebagai wakil rakyat Dun Kota Siputeh.

Keputusan itu juga yang berlaku sehari sebelum pembentangan bajet dalam dun Kedah esok (selasa) selama tiga hari menyebabkan Abu hasan tidak dapat masuk dun Kedah . Ini adalah keputusan Mahkamah Tinggi yang pertama berkaitan adun yang tidak hadir sidang dua kali berturut-turut didapati hilang kelayakkan sebagai adun dalam Malaysia.

Abu Hasan yang hilang kelayakkan sebagai adun sudah tentu akan membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi dan didapati hampir sama dengan keputusan Mahkamah Tinggi sedikit masa lalu yang istihar Nizar sebagai MB sah Perak tapi apabila Zambry buat rayuan di Mahkamah Rayuan, keputusan memihak Zambry. Adakah Abu hasan akan merayu kepada Mahkamah Rayuan dan keputusan kembali memihak beliau?Pihak SPR awal-awal lagi akan buat rayuan seperti yang dilaporkan Bernama dibawah


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR akan meminta nasihat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Kita perlu meminta nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.

"Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)," katanya kepada Bernama Isnin.

"Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti, jadi elok SPR membawanya kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan," kata Wan Ahmad.-bernama baca di sini

Ustaz Azizan MB Kedah pula berkata;

"Kita bertindak atas undang-undang dan keputusan Mahkamah Tinggi itu haruslah menjadi pengajaran kepada semua wakil rakyat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan diberi amanah oleh rakyat untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri," kata beliau kepada Bernama.

Jika tidak ada pihak yang merayu samaada SPR atau Bekas Adun Kota Siputeh atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu prk akan diadakan. Siapa yang akan menang, Pas atau Umno?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan