Tadi aku pi la Putrajaya ada urusan sikit .Dalam dok kalut-kalut jumpa la orang Pas Putrajaya dok sembang pasal Seminar Pas yang dah berlalu. Aku tanya macammana dengan seminar tu, kata beliau-
" Seminar tu 'cool' la buat sementara waktu saja, tapi selagi kuman dan virus tak dibuang masalah takkan selesai. Kudis yang dah berparut akan muncul kembali. Selagi sifat duniawi jadi keutamaan, masalah dalam Pas takkan selesai."
Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad pula berkata seminar itu telah mendedahkan persepsi orang luar terhadap pimpinan Pas dan orang Pas dan terpulang lah kepada Pas untuk menilainya.
"Jadi, kita perlu kaji, kita perlu bertindak sama ada untuk menolak atau menerimanya. Kita juga perlu menganalisa dan mengenal pasti untuk mengatasi persepsi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
"Pokoknya ia merupakan satu pendedahan persepsi terhadap PAS. Persepsi mungkin atau salah. Apa yang perlu dilakukan ialah memperbetulkan persepsi itu.
"Bagi kita, kita bergerak atas premis, itu tersilap mungkin kerana 'hubungan awam' kita kurang atau penerangan kurang berkesan atau ada kelemahan pemimpin-pemimpin tertentu," katanya.- malaysiakini
Sementara Exco Dewan Ulama Pas ,Zolkharnain Abidin dalam blog Bila Sauh Dibongkar menjelaskan Seminar Politik itu diibaratkan umpama gulai yang sudah dimakan cuma menu nya ditambah dua jenis ramuan tambahan kalau tidak biasa saja tak ada apa-apa yang istimewa. Zolkharnain turut menegur ABC yang tak mau tengok muka Prof Aziz Bari sedangkan Pas menjemputnya datang ke Seminar dan tak mau pula tengok muka.
ABC dah tua dah. Nak tunjuk gedebe lagi. Dok belakang diam2 sudah lah. Dia faham dan sedar le di kawasan dia tu pemuda Pas pun tak undi dia. tu kalah tu. Dia pemikiran Melayu abad ke-17 dak sesuai zaman siber ni.
BalasPadam