Selasa, 24 November 2009

Husam Kritik NST

Husam Musa dalam blognya mengkritik NST kerana mengada-adakan berita yang tidak ada kebenarannya dalam isu yang berlaku dalam Kerajaan Negeri Kelantan yang membawa kepada CEO PMBK diminta letak jawatan oleh MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz. brikut apa yang husam sebut dalam blognya;



Bukankah kalau berita itu tidak ada nilai kebenaran, ia menurun kepada 'berita palsu'. Lazimnya ia dikaitkan dengan motif seperti: adu domba, fitnah atau membawa agenda perpecahan, permusuhan, pergolakan, character assassination, political isolation, dan menumpaskan lawan.

Menjelang pilihanraya umum lalu, NST telah pun melakukan perkara yang sama ke atas saya. Kes saman saya ke atas NST itu akan dijalankan awal tahun 2010.

NST secara bersendiri telah menerbitkan permohonan maaf tanpa persetujuan saya dalam kes itu. Dan sedikit 'saguhati' yang saya minta peguam saya menolaknya secara baik kerana rasanya harga diri mana-mana insan tidaklah semurah itu....

Hari ini, NST mahu saya menyamannya sekali lagi dengan sekali lagi 'menggoreng berita'. Banyak 'It was understood that....' dijadikan sandaran apa yang hendak 'digoreng' oleh NST.Baca Di sini

1 ulasan:

  1. Tutuh pi lah hangpa. Siapa kuat dia menang.
    Ramai pemimpin Pas yang dok saja menjadi liabliti kepada parti dari aset. Oleh itu jenis ada liabliti harap berundur sebelum di dalam kubur di tanya SIAPA IMAM KAMU? Yg ada niat je dgn imam umno sah kena....

    BalasPadam