Dr Zdulkifli Ahmad , Ahli Parlimen Kuala Selangor memberitahu harakahdaily supaya Pas segera merealisasikan resolusi-resolusi yang dihasilkan pada Seminar Politik Pas 7 november lalu.
“Itu semestinya seperti resolusi terakhir seminar, (iaitu) merumuskan suatu plan tindakan untuk hadapi PRU13, mengekalkan sokongan (pengundi) Melayu-Islam dan melebarkan tapak sokongan yang merentas garis kaum, agama dan budaya…dengan erti kata lainnya (adalah) menjelaskan maksud dan erti Pas Untuk Semua.” tegasnya.
“Sebelum Konvensyen PR akan datang ini, saya mengharapkan ketika itu sudah ada satu lakaran agenda bertindak dari PAS jika serius dengan resolusi ini (seminar),” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Dr Dzulkifli juga menerima baik pandangan dan kritikan dua orang Profesor yang diundang khas untuk bentang kertas dalam seminar yang diadakan . Beliau turut mengatakan tindakan peserta Seminar yang bersikap agak kurang manis terhadap prof Dr Aziz Bari sepatutnya tidak berlaku.
Baca di sini-Realisasikan Segera Resolusi Pas-harakahdaily
Kata Dr Dzul:
“Bagi saya, mereka berdua (Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan Dr. Abu Hassan Hasbullah) adalah gandingan yang cukup cantik untuk membantu PAS. Walau mereka bukan ahli PAS…saya lihat segala kritikan mereka sebenarnya berniat baik untuk melihat PAS terus dipersada politik nasional,” jelasnya
“Dr. Aziz sendiri kata di Malaysia ini tidak ada parti Islam untuk umat Melayu jadikan wadah kecuali PAS. Maknanya, kritikannya mahu lihat PAS lebih baik dari apa yang ada sekarang.”
“Dr. Abu Hassan juga begitu. Dia minta PAS jangan berfikiran primitif dengan mengetepikan persepsi umum rakyat kerana ini (persepsi) adalah soal mandat dan kepercayaan rakyat.”
Beliau turut mengkritik segelintir peserta seminar yang membalas kritikan kedua-dua panelis jemputan tersebut secara emosional, semalam.
“Jadi, tidak perlulah dicabar-cabar secara emosi (agar) kedua-dua ahli akademik itu turun padang menjadi ahli politik kerana analisis dan memberikan perspektif adalah kegiatan mereka…kalau berjumpa doktor, janganlah dimarah pula ( (atau) dipertikai bila Doktor beritahu kita (bahawa) ada (mengidap) kencing manis,” ujarnya.-harakahdaily.
Sikap Abu Bakar Chik dan 'geng' nya itu mungkin disenangi oleh segelintir penyokong beliau dalam Dewan Dato' Fadzil Nor , kalau tidak takkan lah bila beliau bercakap cabar Prof Aziz Bari ada yang bertakbir. Berkata seorang peserta Seminar -Orang Pas bertakbir tak kena tempat!
Mungkin ABC nak tunjuk jantan kepada Ketua Pemuda Pas Pusat , begini caranya bila nak berdepan dengan orang, sebab dulu ABC adalah bekas Ketua Pemuda Pas Pusat.
ABC ni kawasan dia pun reject, kini nak tunjuk hero pula. Pi pulihkan PAS kat Terengganu dulu sebelum dok sibuk kat PAS pusat. Rakyat Terengganu pun dah tolak pemimpin PAS yang bertaraf dinosaur ni!
BalasPadamKalau macamtu - masing balik negeri, jangan hirau Pas pusat.
BalasPadamSapa yang kalah DUN& parlimen pakat-pakat duduk kat negeri masing - masing, jangan nak menyibuk -cerdik punya akal.
Kalau bantai secara terbuka presiden pas, kata pro umno - sapa tak hot.
Kalau dia betul-betul cukup ilmu ppolitik dunia & islam tanpa udang balik mee, baguslah tapi gaya kritik kedua-dua Dr tu, tak ubah nak huru harakan PAS.
Aku rasa orang politik yang sepenuh masa bergaul pelbagai lapisan masyarakat lebih faham kehendak rakyat, BUKANNYA SEMATA MATA HARAPKAN SAMPLE UNTUK KAJIAN STATISTIK UNTUK ANALISIS.
Kalau sample tu orang parti selain PAS -hancur dibuat nya, HINGGA NAK TURUNKAN TGHA.
Betulke Dr tu sendiri buat kajian statistik atau hasil dari pelajar yang buat tesis? Kalau pelajar yang buat, betul ke dia tak ngelak/tipu.
FIKIR FIKIRLAH.....
Kalau betul Drnya- sapa nak marah, sapa marah bodohlah. Masalahnya betulke kajiannya hingga presiden hendak dilucutkan.
BalasPadamAku ni tau sangat perangai Dr kat U. Kalau yang bagi pandangan dari yang tak setaraf dengannya-habuk nak dengar. Low class
ac de fg hijlkmno p q rs ...ulama tu beb..
BalasPadamhati2...keje MM ni nak laga2kan pemimpim PAs dan juga penyokong2 pAS. selagi dia tak dpt nak musnahkan jemaah PAS selagi tu dia tak puas hati. apa pneyakit tak tau lah dlm hati dia ni?
BalasPadam