Adapun blogger Kickdefella yang melakonkan watak Jebat yang berusaha membela si Tuah rakan pujaannya, saya tidaklah bersedia menyalahkannya sepenuhnya. Beliau berhak melakonkan watak itu atau menulis skrip agar filemnya menjadi meletup. Itu bidangnya semenjak dulu. Saya pun seronok menonton ‘Titanic’ dengan ceritanya yang ditokok tambah agar menjadi lebih mendalam kesannya terhadap penonton.
Diperenggan yang lain Nik Abduh menulis
Jika ada yang mengkritik saya, saya ingatkan bahawa saya menulis untuk maruah keluarga seorang tuan guru. Hak adalah untuk ayahanda dan Ariffahmi. Mempertahan integriti dan maruah keluarga adalah perjuangan ugama yang terpuji. Saya menagihnya daripada tuhan yang menyayangi.
Ariffahmi adalah ipar saya. Dia keluarga saya dan dia telah memberikan yang terbaik untuk bapa mertuanya. Jika dia bersalah, dia berhak menerima hukuman. Tetapi dia tidak berhak bersendirian mempertahan diri daripada sekam fitnah yang membakar diri dan keluarga.
Minggu lepas saya memaklumkan kepada Jawatan kuasa harian PAS Pengkalan Chepa bahawa saya berhasrat mengundur diri daripada jawatan Ketua Pemuda tahun hadapan. Umur saya seusia Kickdepella mencecah 40 tahun. Saya berhasrat membuka buku – buku yang saya perlukan untuk masa depan yang mungkin lebih mencabar. Kemudian saya berhasrat menumpukan keringat saya kepada Dewan Pemuda PAS Pusat pada penggal terakhir saya di sana. Saya juga memaklumkan untuk tidak memegang apa – apa jawatan politik termasuk sebagai ahli majlis MPKB -BRI tahun depan. Itu jika Allah memanjangkan umur dan rezeki saya.
Sekurang – kurangnya saya boleh menunjukkan rasa bersama untuk Ariffahmi.
Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!” Baca penuh di sini
secara peribadi apa yang terjadi .. tidak ada kena-mengena langsung dengan maruah keluarga TGNA yang lain. yang buat mungkin buat tak betul ..menantunya. sendirilah tanggung akibatnya. tak ada pulak ada pihak lain dalam kelurarga TG yang dicemuh kerana isu ni. eloklah nik abduh ni contohi saudaranya yang diISAkan tu.
BalasPadam