Rabu, 11 November 2009

Nazir dan Setiusaha Masjid Akan Dinilai Semula-Hasan Ali

Isu tauliah jadi panas di Selangor gara-gara JAIS tangkap Bekas Mufti Perlis yang dituduh mengajar tanpa tauliah. Sekarang JAIS yang kononnya di bawah Sultan boleh bertindak kepada penceramah agama yang mengajar tanpa tauliah di Masjid dan Surau seluruh Selangor tanpa perlu lagi merujuk kepada kerajaan negeri.

Besar sungguh nilai tauliah daripada JAIS. Hari ini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri , Dr Hasan Ali berkata mana-mana Nazir dan Setiausaha Masjid yang masih degil memanggil penceramah tanpa tauliah mengajar di masjid akan dinilai semula.-bernama baca di sini

Dr Hasan berkata demikian ketika ditanya Adun BN (Ismail Sani-Dusun Tua) jika masih ada Nazir dan Setiausaha Masjid memanggil penceramah tanpa tauliah baca khutbah di masjid. Isu tauliah ni sejak zaman Umno perintah lagi hingga sekarang tak selesai-selesai.

Bagi Umno jawapan Hasan Ali tentu gembirakan mereka. Masjid bagi Umno yang ada dalam kepala otak orang Umno kalau mengajar bab haid dan nifas, puasa, zakat , haji tak ada tauliah pun tak apa. Tapi kalau penceramah agama sentuh bab Akidah dan isu -isu semasa itu yang dikaitkan dengan tauliah.Bagi Umno politik tak boleh sebut dalam masjid, kalau khutbah tajuk bab kesihatan , korek longkang bagi bersih supaya nyamuk aedes tak membiak itu tak apa. Tak dak tauliah pun boleh!

Kata Hasan Ali lagi-

"Kita junjung titah Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) yang menjadikan masjid sebagai zon larangan politik dan panduan utama kepada JAIS," katanya-bernama. Yang mana satu betul ni JAIS bawah Sultan atau JAIS bawah kerajaan negeri? Rasa macam berbelit-belit pula keluar kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan