Ahad, 8 November 2009

Jika Benar Kajian Dr Abu Hasan...

Berdasarkan kajian terkini oleh Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding 67 orang menyokong.

Pensyarah dari Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM) itu memilih 2,100 orang sebagai responden bagi Kajian Mikro Kepercayaan Politik Malaysia yang dijalankannya dengan tumpuan ke atas Abdul Hadi.

Abu Hassan berkata, selain itu, 519 orang daripada golongan berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding 181 orang yang positif.

"Bagi golongan berusia 41 hingga 50, seramai 751 orang menyatakan hilang sokongan terhadap kepemimpinan Pas, manakala 396 responden masih menyokong," katanya

Abu Hassan menambah, kebanyakan mereka dari golongan berusia antara 41 dan 50 tahun yang berpandangan negatif terhadap Pas adalah dari negeri Pantai Timur dan Utara.

"Kepimpinan Pas perlu memandang serius perkara ini kerana kebanyakan jawapan positif atau yang menyokong adalah dari Sabah dan Sarawak," katanya-Utusan Malaysia Online Baca Di Sini

Kajian Dr Abu Hasan itu patut diambil berat oleh Pas jika tidak mau kalah dalam pru-13 akan datang. Jangan terlampau seronok dengan kemenangan yang ada. Kepada pemimpin Pas yang cuba bermewah-mewah dengan kelazatan dunia harus ingat, langit tidak selalu cerah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan