Khamis, 5 November 2009

Ada Telaga Ada Ehsan-Husam Musa

Dipetik daripada Blog Husam Musa


"Najib memberitahu, Petronas memaklumkan pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan, yang terletak di luar perairan negeri tersebut iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301." - Utusan online.

Nampaknya kehsanan BN masih berasaskan pada telaga pengeluaran minyak atau gas.

Negeri tak ada telaga minyak, tak adalah ehsannya.

Kelantan ada satu telaga? Bumi Selatan. Dapat wang ehsan. Terengganu ada banyak telaga, juga sama jauh di luar kawasan 3 batu nautika. Ada telaga tapi jauh, dapat wang ehsan, bukan royalti.

Ada telaga, tapi tak lebih dari 3 batu dari panytai baru dapat royalti.

Mana negeri ada telaga tapi tak lebih 3 batu dari pantai? Tolong tunjukkan.

Sabah? Sarawak?

Telaga Sabah lebih jauh dari semua telaga di Kelantan. Sarawak juga.

Sabah dan Sarawak kalau begitu dalam bahaya. Hari ini royalti, tetapi sebenarnya mereka pun hanya layak terima wang ehsan kerana telaga mereka juga jauh ke tengah laut.

Najib lupa atau tak diberitahu telaga Sabah dan Sarawak juga jauh ke tengah laut?

Bolehkah PM mempunyai dua hujjah bertentangan satu masa? Dua kriteria? Dua polisi?

Kalau ikut logik PM, habislah Sabah dan Sarawak. Tak beroyaltilah dua negeri itu.

Semua negeri dalam Malaysia ikut Akta Petroleum yang sama. Kalau Kelantan tak layak dapat royalti kerana telaganya jauh, maka Sabah dan Sarawak pun tak boleh dibayar royalti.

Sabah dan Sarawak masuk Malaysia tahun 1963, lebih kemudian dari Kelantan dan Terengganu. Kenapa Sabah dan Sarawak dapat keistimewaan?

Jalan berfikir seperti itu boleh bawa Malaysia maju dan baik?

Baiklah pulang semula kepada jalan berfikir yang selari. Logik yang sama untuk isu yang sama.

Kelantan juga, sama seperti Sabah dan Sarawak, terhak diobayar royalti. Bukan saja untuk satu telaga, semua telaga termasuk dalam kawasan JDA dan CAA.

Masa belum teerlambat sebelum keadaan lebih bercelaru.-husam musa

Wang Ehsan umpama wang yang diberi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah nak bagi bergantung kepada keadaan dan boleh bagi dalam setahun ikut suka kerajaan pusat. Nak bagi sikit pun boleh nak bagi banyak pun boleh. Kerajaan Negeri tuntut wang royalti seperti yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan. Kerajaan Negeri tak minta sedekah yang diminta adalah hak rakyat Kelantan.

Wang ehsan itu nak diberi kepada siapa? Adakah Umno Kelantan yang akan uruskan wang Ehsan yang disalurkan melalui agensi persekutuan yang sudah tentu dikuasai Umno Kelantan?Umno kata Kerajaan Negeri Kelantan jangan politikkan isu wang Ehsan demi rakyat Kelantan. ini bukan soal politik tapi soal hak yang termaktub dalam perjanjian dengan Petronas, dikira berdasarkan 3-5 peratus royalti yang mesti dibayar kepada Kerajaan Negeri, bukan boleh bagi ikut suka saja.

Berkaitan klik di bawah
Pas Kesal Royalti Minyak Disalah Erti
Royalti: Ku Li Dan Tok Guru Perlu Ceramah Bersama
Kelantan Bermaruah Bukan Lapar Wang

2 ulasan:

  1. KAH KAH KAH….

    woit… NAK TIPU LAGI… kah kah kah…

    kah kah kah… WANG EHSAN INI UNTUK ORANG MINTA SEDEKAH…kah kah kah…

    kah kah kah… ROYALTI ADALAH HAK… kah kah kah…

    woit…. TAK HABIS HABIS…. NAK MENIPU MELAYU…. kah kah kah…


    NAJIB SELEWENG FAKTA ROYALTI MINYAK KELANTAN

    KAH KAH KAH…

    kah kah kah…. KELENTONG LAGI… kah kah kah…

    woit… INGAT ORANG LAIN TAK TAHU BACA SURAT PERJANJIAN…kah kah kah…

    kah kah kah… BERAPA LAMA NAK MENIPU… kah kah kah…

    woit… MULA MULA ALIH PETA… KATAKAN MINYAK BUKAN DI LAUT KELANTAN… kah kah kah..

    kah kah kah… KEMUDIAN NAIK KAN MINYAK DI SIAM…. kah kah kah..

    woit…PATUTLAH ORANG KELANTAN TAK SUKA GEROMBOLAN…. DARI DULU… SEKARANG… HINGGA BILA BILA…. kah kah kah…

    WOIT... MELAYU UMNO KELANTAN BUAT APA BANGANG SANGAT NAK IKUT LAGI GEROMBOLAN kah kah kah

    TIPU BANGSA SENDIRI... kah kah kh

    BalasPadam
  2. yang berjanji, kelantan dengan petronas. yang menyibuk pusat. yang tandatangan perjanjian kelantan dengan petrons. yang menggatal pusat.

    ni, aku nak tanya sikit. masa kelantan nak meterai perjanjian dengan petronas dulu tak ada bincang2 ke?

    nih, yang dok nak bincang dengan pusat tu apa ke jadahnya? salahuddin, ko biar betul. ko ni macam juak2 umno je. ko ni ahli parlimen mana? aku tengok ko ni condong jadi orang tengah je. takkan lah camtu standard naib presiden pas.

    tgna saran muktamar khas. tiba2 jadi mesyuarat khas. selepas ko jumpa tgna.

    ni ko nak bincang lagi. ko tahu tak implikasi dari apa yang ko kata? ko recognise kedebelan pusat yang tak menghormati perjanjian kelantan dengan petronas. entahlah kot ko ada simpan perjanjian lain yang turut melibatkan pusat pasal royalti ni. ko seronok benar nak jadi orang tengah. ni peluang jumpa umno, ko pikir gitu ke?

    BalasPadam