Jumaat, 6 November 2009

Imam Dan Pengurus Masjid Darul Ehsan DiBerhentikan

Daripada sumber-sumber yang dipercayai benarnya memberitahu Imam Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya telah diberhentikan serta merta perkhidmatannya oleh Jais kerana memanggil ustaz yang tak bertauliah membaca khutbah Di Masjid tersebut. Imam berkenaan, Ustaz Shukri yang juga Pengurus Masjid Darul Ehsan telah dilantik untuk mengurus masjid Darul Ehsan sejak sebelum pru-12 yang lepas.

Ustaz Shukri telah menjemput Ustaz Nik Razi Nik Mat untuk sampai khutbah di Masjid itu beberapa minggu yang lalu. Khutbah yang 'panas' oleh Ustaz Nik Razi dikatakan punca Ustaz Shukri diberhentikan oleh Jais dengan alasan Ustaz Nik Razi tidak ada tauliah untuk baca khutbah di Selangor.

Pemilihan Jawatankuasa Baru Masjid Darul Ehsan telah selesai namun belum dapat ambil alih pentadbiran Masjid Darul Ehsan kerana belum dapat tauliah atau pengesahan Jais urus Masjid berkenaan , jadi Ustaz Shukri meneruskan khidmatnya sehinggalah beliau dipanggil pihak Jais baru-baru ini dan diminta berhenti 24 jam kerana alasan panggil ustaz Nik Razi baca khutbah tanpa tauliah.

Malang sungguh jadi penceramah agama di Selangor , tauliah jadi senjata untuk sekat penceramah agama sampaikan kebenaran.Rezki mereka disekat dan dipecat daripada jawatan yang mereka sandang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan