Isnin, 2 November 2009

Ahli Politik Dan NGO 'Berebut' Asri

Bekas Mufti Perlis yang sekarang tak ada kerja tetap dan telah ditahan oleh penguatkuasa JAIS kerana sampaikan kuliah tanpa tauliah diberi sokongan moral oleh semua pihak termasuk Pas , Keadilan, Umno dan juga oleh Ngo yang kuat menghina Islam iaitu Sisters In Islam diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini.

Berikut apa yang dilaporkan oleh mStar online:

Terdahulu, lebih 100 individu memenuhi perkarangan mahkamah sejak pukul 9 pagi tadi untuk memberi sokongan terhadap beliau yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah.

Antara yang hadir ialah Datin Paduka Marina Mahathir, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar.

Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta enam orang peguam dari pelbagai firma guaman.-mStar online Bacaan lanjut di sini

Dilaporkan Asri pernah bertemu dengan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Harun Taib di Pulau Pinang dan timbul desas desus mengenai ajakan Harun Taib kepada Asri untuk masuk Pas. Asri juga mendakwa pernah ditawarkan jawatan di Yayasan Dakwah Dan Islamiah (Yadim). PM Najib juga ada ajak Asri Masuk Umno. Mahathir pula memberi tahu kepada Asri supaya berkecuali daripada menganggotai mana-mana politik.

1 ulasan:

  1. Datin Paduka Marina Mahathir pernah kata yg dia paling minat sekali Asri ni kerana pemikiran dia terbuka dan boleh menerima semua pandangan. Ketua ulamak hangpa Harun Taib pun sokong sebab Asri tak sebulu dgn Iran macam Harun jugak. MAMPUIH UMNO ! HIDUP TGNA !

    BalasPadam