Isnin, 2 November 2009

PM Najib Nak Kerajaan Perpaduan Dengan Pas

Selepas Mensyuarat Khas Pas minggu lalu , Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang telah sekali lagi istihar isu Kerajaan Perpaduan dah tutup buku, tak akan lagi dibincangkan, kerana Pak Lah Mantan Perdana Menteri dah pencen jadi PM.

Hari ini laporan bernama menyebut PM Najib sedia berbincang dengan Pas untuk bentuk kerajaan perpaduan atas dasar agama bukan atas kerjasama politik pulakdah! Baca laporan bernama klik


"Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.

"Kita hendak cari sesuatu yang baik...sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.-bernama

Umno buka buku perpaduan, Pas tutup buku perpaduan

1 ulasan:

  1. Agenda Keraduan (Kerajaan Perpaduan) berjalang lancar. Massenger Nasa. Towkaynya Pa Li. Fatwa harus Harun. Berlakonnya Salah. Apanamanya Mahfud. Nak didsiplinkan Brahim. Deris menyerang bukan menerang. Melayu Islam Halim. KP dailog Khary. KMuslimut tengok saja pi peluk Eli. TGHA kata agenda Keraduan dah mati bila Dolah berhenti. NAJIB HIDUP, messenger sms Bik Mama. OK.

    BalasPadam