Isnin, 2 November 2009

Kalau Pemimpin Umno Dengar Kuliah Asri

Berita penahanan Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin oleh pihak JAIS beserta dengan anggota polis di kediamannya ketika sedang sampaikan kuliah agak mengejutkan . Aku tak kiralah Asri tu fahaman apa, Wahabi ka, Syiah ka atau Kaum Muda, tapi pokok pangkalnya mungkin ada sebab lain beliau ditahan.

Asri yang berceramah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay , Hulu Kelang itu turut dihadiri ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib. Mungkin yang hadir tu daripada pemimpin Pakatan Rakyat jadi Jais buat tindakan serbuan itu ada agenda politik untuk mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat turut menyokong fahaman Asri. Jais sememangnya dikuasai pemikiran Umno dalam pentadbirannya.

Setiap fahaman atau perbezaan pendapat boleh dibahas dan dibincang juga boleh di buat muzakarah bukannya buat serbuan dan tahan lalu terus dihadapkan ke mahkamah. Perbezaan pendapat itu merupakan satu nikmat di kalangan orang yang berilmu.

Adakah Jais akan buat tindakan yang sama jika yang dengar kuliah Asri tu di kalangan pemimpin Umno contohlah yang hadir tu PM Najib , Hishamuddin Hussein atau Khairy, tapi puak-puak ni mana mau dengar Majlis Ilmu, adakah Jais akan buat serbuan dan tahan Asri yang tengah bagi kuliah tu?

Klik dan baca di bawah
1-Bekas Mufti dihadapkan ke Mahkamah hari ini- harakahdaily

2-Dr Asri ditangkap!-harakahdaily

3-Tau Liah-Tau Tau Lah-Tukar tiub

3 ulasan:

  1. Selangor kini ada undang2, yg tak dak tauliah jangan dok mengada2 ceramah agama. Patuh kpd titah Sultan. Hangpa misaimerah kelabu asap kena faham lah Wahabi ni bukan mazhab dalam Islam yg didirikan oleh para ulama muktabar. Wahabi ni satu ajaran eksterim yg di gunapakai dan ditaja oleh British untuk menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah 1924 lalu. FAHAM TAK ! Jika Presiden dan Ketua Ulamak hangpa berfahaman begini sampai bilapun kena dok main dgn umno. MAMPUIH UMNO !

    BalasPadam
  2. Kpd Tanpa Nama di atas,

    Sy rasa tuan blog ini lupa, dan sengaja mengaitkan UMNO dalam hal, meskipun dia tahu org UMNO tidak akan memanggil Dr MAZA dan Dr MAZA sndri pn xmau bg ceramah kt depa, sbb mereka sah-sah tak masuk syurga. Jadi mgkin tuan blog ni dah lupa kot.

    BalasPadam
  3. Hangpa kenal ka Asri ni. Budak ni asal dari Kg Mengkuang Mat Sulong. Dekat Kg DSAI. Kampong ni dulu cerita, rakyatnya pelik2 ragam hidup termasuk Asri ni. Hangpa tanya Tuan Haji Mat Sabu pemimpin Pas hangpa, dia asal Kg Penanti kat Kg Mengkuang jugak.

    BalasPadam