KL ramainya orang berkeliaran dan mundar mandir malah ada yang nampak letih sangat kerana ada yang datang dari Mersing , Johor, Utara , Timur berehat di sekitar kawasan tersebut kerana di luar stesen tersebut ramai anggota polis memeriksa dan menghalau supaya jangan hampiri Masjid Negara. Orang ramai yang nak demontrasi GMI 'berehat' dalam stesen komuter tersebut.
Jam 1 tengahari walaupun dihalang pihak polis orangramai mula bergerak ke Masjid Negara untuk solat Zohor. Polis menunggu di semua pintu masuk Masjid Negara memeriksa beg orang ramai umpama Yahudi memeriksa orang Palaestine yang nak tunai solat di Masjidil Aqsa! Orang ramai tak rasa gentar malah laungan takbir bergema di Masjid Negara.
Jam 2 ptg Dr Hatta buat pengumuman beliau adalah sebagai 'komander dari Masjid Negara' semua orang diminta mendengar arahan supaya perjalanan menuju Istana Negara berjalan lancar. Sebaik turun ke Dataran Masjid Negara Dr Hatta dikepung polis yang sedia menunggu disegenap penjuru pintu keluar masjid tapi berjaya melepasi kepungan polis. Orang ramai yang diketuai Dr Hatta dan Unit Amal Pas menuju ke jalan menghala untuk bertemu orangramai dari Masjid Jami' dan dari Sogo.
Sekitar jam 2.25 ptg polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata antara golongan daripada Masjid Negara dan orangramai yang datang dari Sogo. Dr Hatta mengajak orangramai turun melalui jalan bawah jambatan tapi disekat pihak polis. Unit FRU dengan lori merahnya mula bunyikan siren dan menyembur air kimia disertai tembakan gas pemedih mata bertalu-talu tanpa rasa belas kasihan terhadap orangramai. Tembakan gas pemedih mata dan meriam air ini berlarutan hingga jam 3.25 ptg.
Unit Udara Polis pula dengan helikopternya berlegar-legar diruang udara Masjid Negara seawal jam 10pg hingga 4 ptg. Ramai anggota Unit Amal Pas diangkut kedalam trak polis dan ada juga anak remaja yang turut ditahan polis. Wanita , kanak-kanak dan warga emas menjadi mangsa semburan gas pemedih mata meriam air FRU tanpa belas kasihan.
Polis dan FRU kali ini betul-betul 'menggila', mereka rasa bangga kerana dapat lepaskan gas pemedih mata dan air kimia kepada orang ramai yang demontrasi hanya semata-mata untuk hapuskan akta ZALIM ISA. Polis-dan FRU yang tembak gas pemedih mata dan air kimia itu sekarang ini mungkin sedang berehat dan tengok tv bersama anak bini mereka dan rasa bangga dapat cerita kepada anak bini mereka apa yang mereka berjaya lakukan kepada orang tua, wanita dan anak-anak yang tak berdosa itu. Wajah mereka mungkin ceria dan puas sekarang tapi di Padang Mahsyar kelak adakah mereka mampu senyum seperti sekarang .
Kezaliman yang polis lakukan akan dibayar Allah jua di Akhirat. Di Dunia kamu hebat tapi sementara saja. Gaji yang polis dan FRU dapat adalah wang rakyat bukannya duit Najib atau duit Musa Hasan.Terimakasih kepada semua yang turun demo GMI, Allah bersama dengan orang-orang yang kena ZALIM. Hanccccur UMNO!!! Hannnccur BN , Hanncuur ISA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan