Siasah dengan tajuk muka depan , keluaran terbaru " Harun Taib MB Trengganu" nampaknya menonjolkan sikap tidak sabar Pas untuk kuasai kerajaan Trengganu. Aku rasa tajuk macam tu hanya sekadar perang saraf politik saja tak lebih daripada itu.Kononnya 9 adun adun Umno akan lompat parti sertai PKR untuk bentuk kerajaan baru di Trengganu bersama Pas yang ada 8 kerusi dalam dun Trengganu.
Beranikah wakil rakyat Umno yang menentang MB Trengganu ,Ahmad Said untuk lompat parti hancurkan kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said? Ura-ura yang mengatakan Harun Taib yang juga PJ Pas Trengganu tidak mahu bekerjasama dengan 'geng Idris Jusuh' malah lebih senang berbaik-baik dengan Ahmad Said juga hanya sekadar kabar angin yang belum tentu benarnya.
Tajuk Siasah itu hanya sekadar untuk gayatkan Umno yang sedang 'berkabung' kerana telah kena 7-0 dalam tujuh prk yang diadakan. Siasah minggu lepas juga cuba gayatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan mengatakan 31 ogos ini Umno akan ambil alih kerajaan negeri Selangor.
Walau apa pun adakah Pas Trengganu mahu bentuk kerajaan melalui cara lompat parti oleh adun Umno ke dalam PKR sekiranya jadi kenyataan ? Berapa lamakah kerajaan yang dibentuk dengan lompat parti boleh bertahan . Zambry MB Perak yang 'haram' tu pun sekarang sedang menghitung hari apabila sidang Dun Perak dalam sesi yang akan datang bersidang. Nasibnya nak jadi lagu mana pun belum pasti.
Parti mana yang akan jadi 'busuk' jika kerajaan baru di bentuk di Trengganu dengan cara lompat parti? Dalam dun Trengganu sekarang Pas ada 8 kerusi, Umno 23 kerusi dan MCA ada satu kerusi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan