Khamis, 13 Ogos 2009

Melayu jadi kuat atas nama Islam

Sekumpulan penganut Kristian Khatolik batalkan hasrat mau hantar bantahan kepada KDN di Putrajaya kerana fikirkan kesan lain yang akan timbul gara2 seorang wartawan majalah Al-Islam menyamar masuk dalam gereja agama tersebut untuk siasat samaada betul ada orang Islam hendak di murtadkan. Gambar sebelah dari malaysiakini


Benda berkaitan agama amat sensitif dan api yang kecil mudah marak jika tidak berhati2 dalam menyelesaikan isu berkaitan agama.Banyak perkara boleh terjadi daripada isu tersebut akan bawa kepada pergaduhan dan perbalahan kaum jika ada pihak cetuskan dan besarkan isu itu.


Peristiwa Kg Medan yang berpunca daripada dua majlis berbeza, satu majlis kenduri dan satu majlis kematian yang berlainan agama telah cetuskan rusuhan yang bawa kepada perkelahian antara kaum.


Sudah tentu kita semua tidak mahu kejadian KG Medan berulang. Isu bangsa dan agama amat sensitif. Di Kepulauan Maluku, Sulawesi dan Ambon di Indonesia perang antara agama telah membawa kepada berbunuh2 antara satu sama lain, sudah tentu kita rakyat Malaysia tidak mahu jadi seperti mereka.

Sekarang pun hinaan terhadap agama Islam oleh orang bukan Islam dah nampak semakin terbuka dan ada orang Islam yang memendam rasa dan tidak puas hati. Orang Islam tentu gelisah jika ada anak2 mereka menjadi Murtad, bahkan mahukah kita semua berpesta dan berseronok tengok anak bangsa kita bertukar agama tanpa melakukan apa-apa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan