Ahad, 2 Ogos 2009

Solat Subuh Macam Solat Jumaat! Masjid Jamek, Shah Alam

Pagi tadi, ribuan orang ramai berpusu-pusu hadir untuk solat Subuh berjamaah dan dengar Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Murshidul Am Pas ,Tok Guru Nik Aziz di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16 Shah Alam. Satu sejarah baru di Masjid tersebut yang selama ini tidak pernah berlaku semasa Umno perintah selangor dulu.

Tok guru dalam kuliahnya menyatakan betapa pentingnya menuntut ilmu kepada manusia.Tak
kira manusia itu manusia Cina , India atau Melayu yang penting mereka rajin dan berusaha tuntut ilmu pasti akan berjaya. Tok guru juga menyatakan bahawa al-Quran itu merupakan "surat pekeliling " Allah Taala kepada seluruh manusia samaada manusia Arab, Melayu , Cina dan India yang wajib dilaksanakan tanpa rasa was-was dan ragu-ragu. Manusia yang ketegaq dan degil lasanakan "pekeliling" Allah itu umpama Syaitan jika mereka engkar perintah Al-Quran.
Tahniah kepada pihak Masjid Raja Tun Uda, selepas ni panggil pula Tok Guru Haji Hadi sampaikan kuliah, semarakkan masjid dengan majilis Ilmu.Inilah kelebihan pemimpin Pas jika dibandingkan dengan pemimpin Umno .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan