Aku tertarik dengan cerita seorang warga emas, Pak Cik Salim Abdul Hamid berumur 60-an dari kampung Petani, di Permatang pasir yang jumpa duit kertas palsu RM100 dalam sampul surat yang diselit di bawah pintu rumahnya-malaysiakini
"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila dipegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang itu juga adalah sama." kata Pak cik Salim. Nota juga disertakan bersama ditulis "tolong undi calon BN". Orang tua tu pun tak pasti sapa yang letak duit tu dan jirannya pun dapat duit palsu tu.
Siapa yang nak sabotaj siapa sebenarnya menjelang hari mengundi 25 Ogos nanti? Jika Bn yang buat atau pihak Pakatan yang buat kerja ni, ini adalah satu kerja yang kotor dan jijik kerana dok pekena orang tua tengah2 malam. Mesti duit tu letak dan selit waktu malam, kalau siang orang boleh kenal.
Main dengan duit ni warga emas pun boleh kenal, palsu atau tidak, sebab kita ni hari2 pegang duit kalau tak banyak sikit kena pegang sebab jadi keperluan harian. Mata pak cik tu masih terang dan tak kelabu lagi. Orang buta pun tau dan kenal duit palsu dengan duit 'ori'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan